Categories: Resipi

Resepi Cheese Ball Viral Yang Ramai Tengah Cuba, Tekstur Lembut Berkrim Dengan Sos Coklat Pekat

Kalau anda peminat pencuci mulut berasaskan keju, resepi cheese ball ini memang wajib cuba. Dengan tekstur yang lembut, berkrim dan tidak terlalu manis, ia menjadi antara dessert viral yang semakin popular kerana mudah dibuat dan menggunakan bahan yang ringkas.

Lebih menarik, resepi cheese ball ini tidak memerlukan proses membakar. Hanya gaul, bentukkan bebola dan sejukkan sebelum dinikmati bersama sos coklat pekat yang membuatkan rasanya lebih mewah dan menyelerakan.

Baca juga: Resepi Donut Ball Mudah & Gebu Gebas, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut!

RESEPI CHEESE BALL VIRAL

Bahan-Bahan Cheese Ball:

  • 250g cream cheese
  • 30g susu pekat manis
  • 20g susu tepung
  • 50g whipping cream (dairy atau non-dairy)
  • 50g white chocolate compound (dicairkan)

Bahan-Bahan Sos Coklat:

  • 100g dark chocolate compound
  • 50g whipping cream

Cara-Cara Penyediaan:

1. Pukul cream cheese sehingga lembut dan licin.

2. Masukkan susu pekat manis dan susu tepung, kemudian gaul hingga sebati.

3. Tuangkan whipping cream dan kacau sehingga adunan menjadi sekata.

4. Masukkan white chocolate yang telah dicairkan dan gaul rata.

5. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

6. Ambil adunan sekitar 20 hingga 25 gram setiap satu dan bentukkan menjadi bebola kecil.

7. Susun cheese ball di dalam paper cup.

8. Bekukan selama 2 hingga 3 jam sehingga pejal.

Cara Membuat Sos Coklat:

1. Panaskan whipping cream sehingga suam.

2. Tuangkan ke atas dark chocolate compound.

3. Kacau sehingga coklat cair sepenuhnya dan teksturnya menjadi licin.

4. Curahkan ke atas cheese ball sebelum dihidangkan.

Tips Untuk Hasil Cheese Ball Yang Lebih Cantik:

  • Gunakan cream cheese pada suhu bilik supaya lebih mudah dipukul dan tidak berketul.
  • Pastikan white chocolate tidak terlalu panas ketika dicampurkan ke dalam adunan.
  • Untuk tekstur yang lebih pejal dan licin, boleh tambah 10g gelatin halal yang telah dibancuh atau 20g mentega tanpa garam.
  • Bekukan secukupnya sebelum dituang sos coklat bagi memastikan bentuk cheese ball kekal cantik.
  • Simpan di dalam peti sejuk dan hidangkan ketika sejuk untuk mendapatkan tekstur yang paling sedap.

Resepi cheese ball ini sangat sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga, hidangan majlis atau menu jualan. Gabungan rasa keju yang berkrim dengan sos coklat yang kaya menjadikannya antara dessert yang sukar ditolak oleh sesiapa sahaja.

Selamat mencuba!

Sumber: LivelyGoose1520

Baca juga: Resepi Keria Ball, Guna Ubi Keledek Jenis ‘Ini’ Baru Tak Terlembik!

Aimi

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

15 hours ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

16 hours ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

17 hours ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

19 hours ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

21 hours ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

21 hours ago