
Selalunya kita tengok donut yang siap dengan lubang di tengah, kali ini jom kita cuba resepi donut ball mudah pula. Tak perlu pening nak bentuk cantik, campak-campak saja siap.
Resepi donat ball mudah dan lebih kurang sama seperti donut biasa, cuma bezanya ia dibentuk bulat tanpa lubang di tengah. Ramai yang suka kerana bentuknya gebu dan comel.
Cara yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah di Facebook ini juga resipi yang paling santai. Hasilnya lembut di dalam, sedikit rangup di luar apabila digoreng. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Donat Susu Sedap, Gebu & Lembut Sampai Petang, Sekali Cuba Terus Nak Lagi!
RESEPI DONUT BALL MUDAH

Bahan-bahan:
- 5 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar minyak masak (tak guna marjerin)
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Sedikit gula
- 2 sudu susu pekat manis
- 1 sudu besar yis (pastikan masih hidup)
- Air secukupnya
*Tips pastikan yis hidup: Ambil sedikit yis, campur air suam dan tengok ada gelembung atau tak. Jika melekat pada sudu plastik, maknanya masih segar.
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan minyak, telur, susu pekat, gula, garam, yis dan kira-kira setengah cawan air. Kacau rata.
2. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil uli. Tambah air perlahan-lahan sampai doh tak lembik dan tak keras.
3. Selepas itu, uli sampai doh sebati dan biarkan doh rehat selama 15 minit untuk proses fermentasi.
4. Seterusnya, uli lagi 5 minit dan biarkan doh naik selama 30 minit.
5. Apabila doh sudah kembang elok, tumbuk sedikit untuk keluarkan angin.
6. Bentukkan bulat-bulat (ikut suka nak kecil atau besar) dan biarkan lagi 30 hingga 40 minit sampai naik.
7. Akhir sekali, goreng dalam minyak banyak dengan api sederhana sampai keperangan. Siap untuk dinikmati!

Resepi Donut Ball mudah dan sesuai dijadikan snek petang atau sarapan ringan. Nak lebih sedap, taburkan gula halus atau celup dalam coklat cair.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Ateekah
Baca juga: Donat Simple Dan Mudah Guna 5 Bahan, Confirm Jadi Gebu Lembut Dalam 30 Minit!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














