Categories: Resipi

Resipi Char Hor Fun, Salah Satu Masakan Cina Yang Ramai Orang Suka!

char hor funchar hor fun

Sempena Hari Raya Cina, salah satu hidangan yang tak asing lagi adalah char hor fun. Walaupun berasal dari masakan Cina, hidangan ini juga popular dalam kalangan masyarakat Melayu.

Bukan sahaja enak dimakan pada Hari Raya Cina, tetapi juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Kalau nak cuba masak sendiri, resipi ini sangat berbaloi dicuba dan siapa tahu boleh jadi hidangan kegemaran keluarga!

Baca juga: Resipi Kerepek Ngaku Rangup Tanpa Tepung & Perasa, Paling Laku Keras Bila ‘CNY’!

RESEPI CHAR HOR FUN

char hor funchar hor fun

Bahan-bahan kuah hor fun:

  • Minyak masak (4 sudu besar)
  • Minyak bijan (1 sudu kecil)
  • Bawang putih (5 biji diikat)
  • Daging lembu (250 gram, dihiris tipis)
  • Udang (½ kilo, dikopek kulitnya)
  • Sotong (400 gram, dipotong)
  • Fish cake (3 keping, dipotong)
  • Air putih (2 liter)
  • Tepung jagung (6 sudu besar, dibancuh sedikit air)
  • Telur ayam (1 biji, dipecahkan)
  • Light soy sauce (2 sudu besar)
  • Kicap manis (1 sudu besar)
  • Sos tiram (3 sudu besar)
  • Soy bean paste (1 sudu besar)
  • Kiub ayam (2 ketul)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Serbuk lada putih (1 sudu besar)
  • Perencah sup sayur (1 paket)
  • Carrot (1 batang, dipotong/hiris bulat)
  • Tomato (1 biji, dibelah 6)
  • Cili hijau (1 batang, dipotong serong)
  • Cili merah (1 batang, dipotong serong)
  • Sayur sawi (1 ikat, dipotong)

Cara buat kuah hor fun:

  1. Panaskan minyak masak dan minyak bijan, tumiskan bawang putih hingga sedikit keperangan.
  2. Masukkan daging, masak seketika.
  3. Masukkan udang, sotong dan fish cake, masak seketika, kemudian tambahkan 2 liter air putih.
  4. Masukkan light soy sauce, kicap manis dan sos tiram.
  5. Masukkan soy bean paste, kiub ayam, serbuk lada putih dan perencah sup sayur.
  6. Masukkan lobak merah, tomato, sawi, cili hijau dan cili merah. Masak hingga mendidih.
  7. Setelah mendidih, masukkan tepung jagung (pastikan kuahnya pekat).
  8. Apabila kuah sudah pekat, masukkan telur dan gaul rata. Tutup api.
  9. Rasa dan sesuaikan dengan garam atau perasa lain mengikut selera.

Bahan-bahan mi hor fun:

  • 1 kilo mi hor fun (atau kuey teow)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar light soy sauce

Cara buat mi hor fun:

  1. Masukkan mi ke dalam kuali, kemudian tambah kicap manis.
  2. Jangan letak minyak kerana mi sudah berminyak.
  3. Masukkan light soy sauce dan gaul rata hingga sebati, masak seketika selama 5-10 minit.

Cara menghidang:

  1. Masukkan mi yang telah dimasak sebentar tadi ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan kuah yang telah dimasak sebentar tadi ke atas mi.
  3. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ateekah

Baca juga: 8 Makanan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina & Simbolik Di Sebaliknya, Baru Tahu!

Nasiha

Recent Posts

Buat Sendiri Bread Crumbs Guna Roti Keping, Senang Saja Rupanya!

Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…

16 hours ago

Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…

18 hours ago

Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…

19 hours ago

Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…

20 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Sumbat, Ikut Cara Ini Dijamin Isi Tak ‘Terburai’

Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…

22 hours ago

Beza Chopper Dan Blender, Mana Satu Yang Lebih Sesuai Pakai Di Dapur?

Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…

23 hours ago