Categories: Resipi

Resipi Capati Guna Tepung Gandum, Tetap Lembut, Sedap & Confirm Buat Perut Kenyang!

Ramai fikir resepi capati lembut wajib guna tepung atta, tapi sebenarnya tepung gandum pun boleh menghasilkan capati yang sedap. Malah ada yang kata lebih sedap daripada capati biasa!

Resepi ini cuma guna empat bahan asas dan prosesnya sangat mudah. Hanya uli, rehatkan, canai dan masak. Sesuai dibuat untuk sarapan, makan malam atau dimakan bersama sambal ikan bilis, kari atau dhal.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kelapa Yang Lembut, Letak ‘Bahan Ini’ Lagi Terasa Lemak Manisnya

RESEPI CAPATI LEMBUT GUNA TEPUNG GANDUM

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 ½ cawan air panas

Cara membuat:

  1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam. Gaul hingga teksturnya menjadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit. Kacau guna senduk kerana adunan masih panas.
  3. Bila doh sudah suam, uli dengan tangan sehingga menjadi doh yang lembut dan sebati.
  4. Perap doh selama 15 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 8 bahagian dan bulatkan.
  6. Tabur sedikit tepung gandum di atas papan canai, kemudian canaikan doh nipis-nipis.
  7. Panaskan kuali non-stick dan masak capati tanpa minyak.
  8. Bila nampak gelembung kecil muncul, terbalikkan. Masak hingga siap.

Sumber resipi dan gambar: Nija Lim

Baca juga: Resipi Cucur Jagung Yang Rangup Sampai Malam, Dah Sejuk Pun Masih Sedap!

Wan N

Recent Posts

Cara Simpan Daun Kari & Daun Masakan Lain, Tak Kecut Walaupun Dah Berbulan!

Daun kari antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan seperti kari ayam, kari ikan dan…

6 hours ago

Resipi Enoki Goreng Salted Egg, Cendawan Rangup Dengan Salutan Sos Lemak Pedas

Enoki goreng salted egg antara hidangan yang boleh dijadikan kudapan atau lauk tambahan ketika makan.…

6 hours ago

Puluhan Pasar Raya Di Eropah Jadi Sasaran ‘Serangan Siber’, Stok Makanan Rosak Akibat Peti Sejuk Panas!

Puluhan pasar raya di tujuh negara Eropah dilaporkan menjadi sasaran serangan siber yang menjejaskan sistem…

8 hours ago

Tak Perlu Tumis Pun! Sup Rumpai Laut Bebola Daging, Kuahnya Ringan Tapi Mengenyangkan

Sup rumpai laut merupakan hidangan berkuah yang sesuai dijadikan pilihan untuk makan malam. Rasanya yang…

8 hours ago

Tips Tomyam Sedap Ala Kedai Thai, Jangan Lupa Masukkan 2 Bahan INI Dalam Kuah!

Nak hasilkan tomyam yang rasanya masam pedas, cukup rasa dan beraroma seperti di restoran Thai?…

8 hours ago

Buat Puding Roti Tanpa Oven, Lapis 3 Warna Dengan Rasa Lemak Manis Yang Memikat!

Nak sediakan pencuci mulut yang sedap tanpa perlu menggunakan oven? Resipi puding roti tanpa oven…

9 hours ago