resepi buttercream

Cara membuat kek tidak susah mana, tapi tidak ramai yang tahu resepi buttercream untuk menghias kek tersebut.

Jika buttercream tidak menjadi, ia susah untuk dilepa pada kek dan tidak terlihat cantik. Ia juga akan cepat cair jika dibiarkan pada suhu bilik.

Oleh itu, jom kita pelajari resipi buttercream yang mudah dan sedap serta boleh bertahan pada suhu bilik selama lebih 8 jam.

Baca juga: Kek Chiffon Oren Gebu, Resipi Terlajak Mudah Guna Sukatan Cawan

RESEPI BUTTERCREAM UNTUK MELEPA KEK

Bahan-bahan:

  • 1 kg krimwell (boleh dibeli di kedai bakery)
  • 460 g gula icing (ayak 1 atau 2 kali)
  • Perasa vanila clear dan perasa buah-buahan warna clear (seperti laici atau nenas) anggaran 1 sudu besar
  • Air sejuk dari peti ais 1/2 cawan (susu juga boleh digunakan)

Cara-cara:

  1. Pukul gula dan krimwell hingga sebati dengan menggunakan kelajuan rendah. Kalau guna kelajuan tinggi, nanti gula berterabur Kecuali jika ada penutup untuk mangkuk mixer. 
  2. Kemudian, tingkatkan kelajuan kepada sederhana.
  3. Apabila warna buttercream berubah menjadi putih, masukkan perasa dan air sejuk.
  4. Pada peringkat ini, berhenti sekejap-sekejap dan kaup balik krim. Kemudian sambung lagi untuk memastikan gula, krimwell, dan air sebati.
  5. Mix lagi hingga buttercream menjadi kental dan tiada rasa kasar gula icing. Anggaran masa ialah 7 minit.
  6. Selepas memukul, kaup balik menggunakan spatula untuk mengurangkan buih.

Kredit resipi dan gambar: Rahimah Anuar

Baca juga: Cara Buat Kek Pandan ‘Fluffy’, Bila Makan Terasa Seperti Di Awang-Awangan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN