Categories: Resipi

Resipi Bubur Nasi Ringkas, Masak Guna ‘Rice Cooker’ Pun Boleh Jadi Lembut & Hancur Elok!

Kalau nak masak resepi bubur nasi simple, tak perlu pening fikir banyak bahan. Guna beras, ayam, bawang putih dan beberapa bahan asas sahaja pun dah boleh hasilkan bubur nasi yang lembut, panas dan mengenyangkan.

Cara ini juga sesuai untuk yang suka bubur nasi bertekstur halus. Beras dimasak dalam rice cooker bersama isi ayam dan bawang putih sehingga nasi betul-betul hancur dan sebati.

Untuk tambah rasa, bubur boleh diperisakan dengan sedikit garam dan gula atau menggunakan kiub pati ayam atau daging. Sayur seperti brokoli pula dimasukkan selepas bubur masak supaya tidak terlalu hancur.

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Terpaling Ringkas, Guna Bahan Ringkas Tapi Sedapnya Tak Boleh Bincang!

RESEPI BUBUR NASI SIMPLE GUNA RICE COOKER

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Air secukupnya, lebih daripada sukatan biasa memasak nasi
  • Isi ayam secukupnya
  • Bawang putih (dipotong dadu)
  • Sedikit gula
  • Garam secukup rasa
  • Kiub pati ayam atau daging, jika suka
  • Brokoli secukupnya

Bahan tambahan:

  • Halia (dihiris nipis)
  • Bawang putih (dihiris nipis)
  • Cili secukupnya

Cara-cara penyediaan:

  1. Basuh beras sehingga bersih dan masukkan ke dalam rice cooker bersama air yang lebih daripada biasa.
  2. Masukkan isi ayam dan bawang putih yang telah dipotong dadu.
  3. Masak sehingga nasi betul-betul lembut, hancur dan menghasilkan tekstur bubur yang sebati.
  4. Perasakan dengan sedikit gula dan garam mengikut cita rasa. Jika suka, boleh tambahkan kiub pati ayam atau daging.
  5. Apabila bubur sudah masak, masukkan brokoli. Kacau seketika supaya brokoli masak tetapi tidak terlalu hancur.
  6. Untuk bahan tambahan, goreng hirisan halia, bawang putih dan cili sehingga garing.
  7. Tuangkan lebihan minyak daripada menggoreng halia dan bawang putih ke dalam bubur nasi. Kacau sebati sebelum dihidangkan.
  8. Taburkan halia, bawang putih dan cili goreng di atas bubur mengikut cita rasa. Siap untuk dinikmati.

Sumber: Zihan Remy

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Nenas, Bahan Simple Tapi Gabungan Rasanya Memang Menjadi

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

12 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

12 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

13 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

14 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

14 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

14 hours ago