Categories: Resipi

Resipi Bubur Cha Cha ‘Meriah’, Isi Penuh & Kuah Jadi Lagi Pekat Bila Sejuk!

Resepi bubur cha cha ini kaya dengan rasa lemak manis santan, serta dipenuhi pelbagai isi seperti keledek, keladi, jagung dan sagu.

Gabungan tekstur yang berbeza dan warna-warni bahan di dalamnya menjadikan pencuci mulut ini sangat digemari ramai.

Kalau anda nak cuba buat sendiri di rumah, ikut langkah mudah di bawah. Bubur ini bukan saja sedap, malah kuahnya akan menjadi lebih pekat apabila sejuk!

Baca juga: Resipi Bubur Candil Pelangi Dengan Kuah Santan Lemak Manis, Kenyal Bila Gigit!

RESEPI BUBUR CHA CHA

Bahan-bahan:

  • ⅓ cawan sagu
  • 1 cawan tepung cha cha
  • ½ cawan keledek
  • ½ cawan keladi
  • 1 ketul (50 g) gula melaka (saiz kecil)
  • ⅓ cawan (80 g) gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 5 cawan (1.25 L) santan sederhana pekat
  • ½ cawan isi jagung
  • ½ sdt garam halus

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air dalam periuk dan rebus sagu selama 10 minit. Angkat, tapis dan bilas di bawah air paip untuk hilangkan kanji.
  2. Dalam air mendidih yang baru, rebus tepung cha cha selama 5 minit atau sehingga separuh masak. Tapis dan bilas dengan air paip.
  3. Rebus keledek dan keladi dalam air mendidih selama 5-7 minit hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
  4. Dalam periuk lain, masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan dan santan. Masak dengan api sederhana hingga gula larut dan santan mendidih. Kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Masukkan sagu, tepung cha cha, keledek, keladi, isi jagung dan garam ke dalam kuah santan. Masak seketika sehingga semua bahan empuk dan kuah meresap.

Tip tambahan:

  • Bubur cha cha ini lebih sedap jika dimakan setelah sejuk sedikit, kerana kuahnya akan menjadi lebih pekat.
  • Jika suka, boleh juga tambah hirisan pisang atau labu sebagai variasi.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Resipi Bubur Candil Guna Tepung Pulut, Sesuai Untuk Minum Petang

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago