resepi biskut famous amos

Biskut coklat cip memang menjadi kegemaran ramai, terutamanya untuk kanak-kanak dan anda boleh mencubanya sendiri di rumah dengan resepi biskut Famous Amos yang mudah dan sedap. Dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam, biskut ini sesuai dijadikan kudapan minum petang atau hidangan istimewa keluarga.

Kini anda boleh membuat sendiri resepi ini menggunakan bahan yang ada di dapur. Ikuti langkah-langkah ringkas ini dan sediakan biskut sedap untuk dinikmati seisi keluarga.

Baca juga: Biskut Almond London Sukatan Cawan, Ada Tips Coklat Nampak Licin Dan Cantik!

RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS

resepi biskut famous amos

Bahan A (bahan basah):

  • 1 ½ cawan gula perang
  • 1 cawan minyak masak
  • ½ sdt garam
  • 1 ketul butter (250g)
  • 1 biji telur
  • 2 sdt serbuk vanila / esen vanila
  • 1 sdb susu segar

Bahan B (bahan kering):

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1 sdt cream of tartar
  • 2 sdb serbuk koko (pilihan)

*Tip: Ayak semua bahan B untuk biskut lebih ringan dan gebu.

Bahan C (bahan tambahan):

  • 1 ½ cawan coklat cip
  • ¾ cawan badam cincang

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul Bahan A

Gunakan whisk untuk sebati gula, minyak, butter, telur, garam, susu dan vanila. Tiada whisk? Senduk pun boleh.

2. Masukkan Bahan Kering (Bahan B)

Kaup balik tepung, baking powder, cream of tartar dan serbuk koko ke dalam adunan basah sehingga sebati.

3. Tambah Coklat Cip Dan Badam

Masukkan bahan C dan gaul rata.

4. Bentuk Dan Bakar

Sudukan adunan ke atas loyang yang dialas kertas parchment atau disapu mentega. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit.

5. Sejuk Dan Simpan

Biarkan biskut sejuk sebelum diangkat. Simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.

Tips Dan Variasi

  • Untuk biskut lebih rangup, tambah sedikit gula perang lagi.
  • Ganti badam dengan walnut atau hazelnut untuk rasa berbeza.
  • Gunakan tepung gandum penuh atau kurangkan gula untuk versi lebih sihat.

Mengapa Resepi Biskut Famous Amos Ini Menjadi Pilihan?

  • Mudah dan cepat: Sesuai untuk ibu bapa atau penjaga yang sibuk.
  • Rasa sedap dan asli: Kombinasi gula perang dan butter memberikan aroma yang memikat.
  • Boleh disesuaikan: Tambah kacang atau coklat mengikut citarasa keluarga.

Dengan resepi biskut Famous Amos ini, anda boleh menyediakan kudapan yang enak dan gebu di rumah. Sesuai untuk hidangan minum petang atau hadiah untuk keluarga dan rakan-rakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Mas Cotek

Baca juga: Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN