
Tak lama lagi Hari Raya bakal menjelma, jadi kami yakin anda pasti mencari biskut raya paling klasik. Oleh itu, anda wajib cuba resepi Biskut Sarang Semut dengan sukatan cawan ini.
Biskut Sarang Semut adalah biskut raya klasik dengan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Paling menarik, ia mempunyao corak yang unik menyerupai sarang semut.
Pn Habsah Ngah telah kongsikan resepi Biskut Sarang Semut di Facebook yang sangat mudah dengan menggunakan sukatan cawan. Jom kita cuba!
Baca juga: Biskut Tembikai, Cara Buat Yang Menarik Dengan Rasa Lebih Rangup
RESEPI BISKUT SARANG SEMUT SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan:
- 1 cawan butter atau marjerin
- 1½ cawan tepung gandum
- ¾ cawan gula halus
- 1½ cawan tepung kastard
- 1½ cawan tepung jagung
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 biji kuning telur
- Sedikit pewarna kuning
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, campurkan butter, gula halus, esen vanilla, kuning telur dan pewarna kuning.
2. Selepas itu, kacau sampai sebati dan gaul rata, tapi tak perlu lama-lama.
3. Kemudian, masukkan pula susu tepung, tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung.
4. Seterusnya, gaul sampai jadi doh dan tak melekat pada tangan.
5. Rehatkan doh dalam 1 jam, kemudian baru sagat dengan halus.
6. Setelah itu, masukkan dalam paper cup dan taburkan chocolate rice sebagai hiasan.
7. Selanjutnya, bakar pada suhu 160ºC dengan menggunakan api atas bawah atau sampai masak.
8. Setelah siap dibakar dan biarkan sejuk, boleh simpan dalam bekas kedap udara. Siap untuk dinikmati!

Gabungan rasa manis yang sempurna dalam resepi Biskut Sarang Semut ini menjadikannya pilihan yang wajib ada di setiap rumah pada Hari Raya. Makan satu pun, rasa tak cukup.
Selamat mencuba!
Sumber: Pn Habsah Ngah
Baca juga: Biskut Telur Rebus, Guna Resipi Ini Untuk Rasa Yang Cukup Klasik
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














