Categories: Resipi

Cara Mudah Buat Biskut Badam Rangup, Resipi Tanpa Gluten Yang Sedap Dan Lebih Sihat

Kalau anda peminat kudapan manis tetapi ingin yang lebih sihat, jom cuba resipi biskut badam ini. Bahan-bahannya ringkas dan tidak menggunakan tepung gandum, sesuai untuk mereka yang menjaga diet tanpa gluten.

Biskut ini bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, tetapi juga sesuai untuk dinikmati bersama teh atau kopi pada waktu petang. Resipi ini juga diubah suai mengikut cita rasa, seperti menambah coklat cip, kismis, kurma atau almond nibs.

Selain mudah disediakan, biskut badam ini sesuai untuk semua golongan, termasuk kanak-kanak dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan seperti ekzema, kencing manis atau darah tinggi.

Baca juga: Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!

RESEPI BISKUT BADAM RANGUP TANPA GLUTEN

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung badam (almond flour)
  • 3 sudu besar tepung ubi (tapioca starch) – untuk tekstur rangup
  • ¼ cawan gula perang atau gula kastor
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar minyak kelapa atau mentega cair
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • ¼ sudu kecil garam
  • (Pilihan) Coklat cip, kismis atau almond nibs

Cara membuat:

  1. Masukkan tepung badam, tepung ubi, gula dan garam ke dalam mangkuk, kemudian gaul hingga sebati.
  2. Tambahkan telur, minyak kelapa atau mentega cair serta esen vanila. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak terlalu melekat.
  3. Ambil sedikit doh, bulatkan dan tekan perlahan supaya menjadi leper.
  4. Panaskan oven pada suhu 170°C dan bakar selama 12–15 minit sehingga tepinya kekuningan. Untuk air fryer, masak pada 160°C selama 8–10 minit.
  5. Biarkan biskut sejuk sepenuhnya supaya teksturnya menjadi lebih rangup.

Tip tambahan:

  • Mahu lagi rangup? Tambah 1-2 sudu besar minyak kelapa.
  • Mahu tekstur lebih chewy? Kurangkan tepung ubi.
  • Untuk aroma wangi, tambah sedikit serbuk kayu manis.
  • Tambah kurma untuk jadikan biskut kurma.
  • Tambah serbuk mangga untuk biskut mangga.

Sumber: Cikgu Diha

Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!

Wan N

Recent Posts

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

2 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

2 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

2 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

2 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

2 days ago

Ayam BBQ Crunchy Menu Popular Untuk Potluck Anak, Sekali Bawa Ke Sekolah Memang Licin!

Buntu nak sediakan menu potluck untuk anak-anak? Apa kata cuba ayam BBQ crunchy, hidangan ayam…

2 days ago