resepi biskut

Pernah tak tertanya-tanya apa rahsia resepi biskut ala kedai biskut terkenal itu? Bila lalu di sebelah kedai tersebut, pasti teringin nak beli sebab tergoda dengan baunya yang harum.

Kalau tak beli, balik rumah pasti akan teringat-ingat! Tapi kalau asyik beli, harga satu bekas boleh tahan mahal juga. Sekali makan, tak lama terus habis.

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri biskut ini di rumah dengan menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Ema Nurida di bawah. Buat stok banyak-banyak, boleh makan bila-bila masa!

Baca juga: Resipi Soft Cookies Rangup & Lembut Di Dalam, Makan Satu Tak Cukup!

RESEPI BISKUT ALA FAMOUS AMOS

resepi biskut

Bahan A (Dikacau sebati):

  • 250 gram mentega
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil butter oil (untuk wangikan biskut)
  • 1 biji telur kuning

Bahan B:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 6 sudu besar minyak
  • 1 cawan coklat chip
  • 1 cawan badam cincang (disangai)

Cara-cara:

  1. Kacau kesemua bahan A sehingga sebati.
  2. Setelah bahan A dikacau sebati, masukkan bahan B.
  3. Gaulkan lagi dan kacau rata kesemua bahan kecuali cip coklat dan badam cincang.
  4. Apabila adunan sudah sebati, tambahkan coklat chip dan badam cincang.
  5. Apabila adunan telah siap, masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.
  6. Selepas setengah jam, keluarkan adunan dan sedia untuk dibakar.
  7. Semasa menyusun adunan di atas loyang, jarakkan sedikit di antara satu sama lain untuk memberi ruang kepada biskut untuk mengembang.
  8. Bakar selama 20 minit pada suhu 150°C menggunakan api atas bawah atau mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.

Kredit: Ema Nurida

Baca juga: Buat 1 Adunan Dapat 2 Jenis Cookies, Jimat Masa & Confirm Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN