bingka ubi kayu

Bingka ubi kayu adalah hidangan tradisional yang digemari ramai. Apa yang istimewa, resipi ini tidak memerlukan tepung, jadi rasanya benar-benar asli seperti yang selalu disediakan oleh mak-mak kita.

Dengan tekstur yang lembut dan rasa manis yang sederhana, bingka ubi kayu ini memang sedap apabila dimakan. Setiap potongan yang masuk ke mulut terasa begitu memikat!

Kuih ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk minum petang atau hidangan istimewa. Bila cuba sekali, pasti nak lagi!

Baca juga: Resipi Bingka Keladi Yang Wangi, Lembut & Berlemak, Makan Sepotong Tak Cukup!

bingka ubi kayu

RESEPI BINGKA UBI KAYU

Bahan-bahan:

  • 1 kg ubi kayu
  • 2 ketul gula melaka
  • Gula perang (ikut citarasa)
  • 2 kotak kecil santan
  • Sedikit garam
  • Kicap pekat (jika perlu)

Cara-cara:

1. Potong ubi kayu kepada saiz kecil dan masukkan ke dalam pengisar. Tambahkan sedikit air supaya lebih mudah untuk mengisar.

bingka ubi kayu

2. Tapis air daripada ubi kayu yang telah dikisar.

3. Masak gula melaka dan gula perang dalam periuk, bergantung kepada tahap kemanisan yang diingini.

4. Setelah itu, masukkan santan dan sedikit garam. Kacau sehingga campuran menjadi separuh pekat.

5. Masukkan ubi kayu yang telah ditapis ke dalam campuran gula dan santan. Gaul rata. Jika adunan kelihatan pucat, boleh tambah sedikit kicap pekat.

bingka ubi kayu

6. Setelah semua bahan bercampur rata, tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang.

bingka ubi kayu

7. Bingka ubi kayu siap untuk dinikmati! Ia sangat sedap, lembut, dan mempunyai rasa manis yang sederhana. Selamat mencuba!

bingka ubi kayu

Kredit resipi dan gambar: Imanja Zaida

Baca juga: Bingka Roti Butterscoth, Resipi Mudah Untuk Hidangan Minum Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN