bihun goreng ayam

Bihun goreng ayam taucu adalah hidangan yang menggunakan pes taucu (kacang soya masam) sebagai bahan perasa utama, memberikan rasa masin, manis dan sedikit pedas.

Pasti ramai yang tak pernah rasa hidangan bihun goreng yang berasaskan taucu ini kan? Bagi yang ingin mencubanya, jom lihat resipi penuh perkongsian oleh Puan Siti Rohana Abdul Jalil.

Baca juga: Rahsia Buat Mi Kuah Yang Padu, Nikmat Makan Panas-Panas Waktu Musim Hujan!

RESEPI BIHUN GORENG AYAM TAUCU

bihun goreng ayam

Bahan kisar/tumis:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia sehiris
  • Cili padi (ikut tahap pedas)
  • Cili merah (sedikit)

Bahan utama:

  • Isi ayam (dipotong kecil)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu taucu (basuh terlebih dahulu untuk kurangkan masin)
  • Sos tiram (secukupnya)
  • Sos cili (secukupnya)
  • Garam (secukupnya)
  • Gula (secukupnya)
  • Serbuk perasa (jika mahu)
  • Meehoon (direndam/direbus hingga lembut)

Cara-cara:

  1. Kisar atau blend bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam hampir masak.
  4. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau sebati dengan ayam.
  5. Masukkan taucu yang telah dibasuh, sos tiram, sos cili, garam, gula dan serbuk perasa.
  6. Gaul rata supaya rasa sebati.
  7. Akhir sekali, masukkan meehoon yang telah direndam atau direbus lembut. Gaul sehingga meehoon sebati dengan bahan tumisan dan serap semua rasa.
  8. Angkat dan hidangkan panas-panas.

Sumber: Siti Rohana Abdul Jalil

Baca juga: Resipi Makaroni Goreng Yang Sedap & Kaya Rasa, Menu Ringkas Ini Pasti Digemari Ramai!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN