resepi mee kuah kelantan

Musim hujan memang buat kita terasa nak makan sesuatu yang panas untuk dihirup, sebab itu ramai yang mencari resepi mee kuah Kelantan yang simple dan cepat disediakan.

Mi kuah versi Kelantan ini bukan sahaja senang dibuat, tetapi kuahnya yang ringan, wangi bawang putih dan sedikit pedas lada hitam memang boleh membuka selera. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Bihun Sup Utara Terpaling ‘Kick’, Sedapnya Tak Jumpa Dekat Tempat Lain!

RESEPI MEE KUAH KELANTAN

resepi mee kuah kelantan

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning
  • 4-5 ulas bawang putih (tumbuk halus)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Isi ayam/daging/udang/sotong (pilih mana-mana yang anda suka)
  • Sayur: sawi, kobis, lobak
  • Telur
  • Daun bawang/daun sup (untuk tabur)
  • Bawang goreng (untuk tabur)
  • Cili potong + kicap

Cara-cara:

  1. Celur mee kuning sekejap. Ketepikan.
  2. Tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan isi ayam atau lauk pilihan, kemudian masukkan serbuk lada hitam.
  5. Biarkan kuah menggelegak dan perasakan mengikut cita rasa.
  6. Masukkan semua sayur.
  7. Bila sayur mula lembut, pecahkan telur satu persatu mengikut selera. Guna api kecil supaya telur tak hancur.
  8. Bila telur dah masak elok, kuah pun siap.

Cara hidang:

Masukkan mee ke dalam mangkuk, tuangkan kuah bersama lauk dan sayur. Taburkan hirisan daun sup atau daun bawang beserta bawang goreng. Hidang bersama cili kicap. Siap!

Sumber: Norshahida Hassan

Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN