resepi makaroni goreng simple

Kadang-kadang kita nak hidangan cepat tapi sedap, kan? Resepi makaroni goreng simple ini antara yang wajib cuba! Hanya beberapa bahan mudah, sedikit rempah, dan tumisan wangi, anda boleh dapatkan hidangan yang pasti disukai semua.

Yang paling penting, hidangan ini sesuai untuk semua peringkat umur kerana tidak terlalu pedas. Sesuai makan untuk sarapan, makan tengah hari atau minum petang, semuanya boleh. Jadi, jangan lupa cuba masak sendiri di rumah ya!

Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng Sedap, Memang Puas Makan Sampai Licin Pinggan!

RESEPI MAKARONI GORENG SIMPLE

resepi makaroni goreng simple

Bahan-bahan (anggaran):

  • Makaroni
  • Garam dan minyak untuk merebus
  • Minyak masak + sedikit mentega
  • Bawang putih cincang
  • Bawang holland cincang
  • Cili kering kisar
  • Gula secukupnya
  • Tomato puri
  • Cendawan shitake (hiris)
  • Garam, sos cili dan serbuk perasa
  • Cili flakes, lada sulah, oregano
  • Meatball (saya grill dan potong kecil)
  • Capsicum (potong dadu)
  • Parsley
  • Sedikit air rebusan makaroni

Cara membuat:

  1. Rebus makaroni sehingga lembut. Tambahkan garam dan sedikit minyak semasa merebus. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan mentega dalam kuali. Tumis bawang putih cincang sehingga wangi.
  3. Masukkan bawang holland cincang dan tumis sekejap. Tambah cili kering kisar dan sedikit gula, tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato puri dan cendawan shitake hiris. Masak sekejap, kemudian tambah garam, sos cili dan sedikit serbuk perasa.
  5. Taburkan cili flakes, lada sulah dan oregano. Gaul rata.
  6. Masukkan meatball yang telah dipotong kecil, makaroni, capsicum dan parsley. Tambah sedikit air rebusan makaroni jika perlu.
  7. Kacau hingga semua bahan sebati, kemudian tutup api.
  8. Siap untuk dihidang!

Sumber: Sabarina Saad

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Cili Padi Simple, Hanya Guna Bahan Dapur Dah Cukup Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN