resepi ikan masak taucu

Kalau bosan makan lauk yang sama setiap hari, jom cuba resepi ikan masak taucu ini. Rasanya memang unik dengan gabungan masin taucu, pedas cili api dan masam air asam jawa.

Lauk ini memang sangat sedap dan nikmat dimakan dengan nasi putih panas. Ringkas tapi rasa dia padu sampai boleh bertambah nasi dua pinggan. Nak cuba? Lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Ikan Goreng Ini Lain Macam Sedapnya, Bukan Sekadar Lumur Garam & Kunyit Saja!

RESEPI IKAN MASAK TAUCU

resepi ikan masak taucu

Bahan-bahan:

  • 4 ekor ikan (goreng terlebih dahulu – boleh guna kembung, selar atau jenahak)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 cm halia (hiris)
  • 2 cm lengkuas (hiris atau titik)
  • 5–7 biji cili api (ikut tahap pedas yang disukai)
  • 2 sudu besar taucu masin
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 1 batang timun (hiris serong)
  • 3–4 biji cili hijau (belah dua)
  • 1 sudu kecil gula (sebagai penyeimbang rasa)
  • 1 biji tomato (belah empat)
  • Sedikit minyak untuk menumis

Ccara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan cili api hingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan taucu masin, kemudian tumis lagi hingga garing dan sedikit meletup-letup.
  3. Tuang air asam jawa, kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan timun dan cili hijau, kemudian tambahkan sedikit gula. Tak perlu garam sebab taucu dah cukup masin.
  5. Bila kuah dah mendidih dan pekat sedikit, masukkan ikan goreng, cili merah dan tomato untuk warna dan rasa segar.
  6. Gaul perlahan supaya ikan tidak hancur. Biarkan seketika hingga semua bahan sebati.

Sumber: Abby Bobo

Baca juga: Ikan Cencaru Goreng Paling Simple, Lebih Padu Bila Cicah Bersama Sambal Belacan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN