PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-11-06 07:02:19
Setiap tahun, menu kegemaran ramai iaitu Prosperity Burger pasti akan kembali di McDonald’s. Apabila menu tersebut tidak lagi dijual, semua yang menggemari burger tersebut pasti akan berasa teringin dan 'mengidam' nak merasai kenikmatan burger tu kan? Jangan risau! Kini korang tidak perlu bersedih lagi, korang boleh buat sendiri Prosperity Burger ni dekat rumah. Senang je! Jom ikuti resepi yang dikongsikan oleh Mohd Faiz Fitri Iberahim di laman Facebooknya.
Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim
Bahan-bahan:
1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk + tumbuk
8. Butter 2 sudu besar
9. Sos tiram 2 sudu besar
10. Kicap manis 1 sudu besar
11. Garam secukup rasa
Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim
Cara-cara:
- Mula-mula, letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.
- Uli daging ramly dan bentukkan macam bentuk roti (refer gambar)
- Goreng daging dulu (cucuk dengan garfu)
Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim
Sos:
- Panaskan butter 2 sudu besar dan masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi warna keemasan.
- Pastu masukkan air 1 gelas dan kacau. Masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1 sudu besar, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mengikut cita rasa sendiri.
- Celupkan daging yang dah goreng tadi. Letak atas roti dan letak bawang yang dihiris tadi.
Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim
Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim
Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim
Selamat Mencuba
Kredit: Mohd Faiz Fitri Iberahim