
Kadang-kadang ada hari tak rasa nak makan nasi, jadi apa kata jom cuba resepi bakso simple yang pasti menjadi kegemaran ramai ini.
Kuahnya ringan tetapi penuh rasa, sesuai dimakan campur dengan bihun, mi, tauge dan kobis sawi. Cara masaknya pun mudah, jadi sesuai untuk sesiapa sahaja yang nak cuba.
Resipi ini untuk 15 orang makan, namun boleh digandakan jika hidangan untuk ramai orang atau dikurangkan jika untuk jumlah kecil.
Baca juga: Cara Buat Soto Ayam Sedap Merecik, Tak Sedar Boleh Habis 2 Mangkuk!
RESEPI BAKSO SIMPLE

Bahan untuk kuah bakso:
- 2 labu bawang putih
- 4 biji bawang merah rose
- 5 biji buah keras
- Sedikit lada hitam
- 6-7 batang daun bawang
- Halia sebesar ibu jari
- 1-2 tetel daging/tulang (ikut sukatan)
- Bebola bakso daging brand Armiya
- Bumbu Masako daging (wajib ada)
- Garam dan serbuk perasa secukupnya
Bahan untuk sambal merah:
- Cili padi merah secukupnya
- 3-4 ulas bawang putih
Bahan tambahan:
- Kobis sawi, tauge
- Kicap ABC dan sambal extra pedas ABC
- Bihun atau mi
Cara-cara penyediaan:
- Goreng bahan-bahan berikut sehingga kekuningan: bawang putih, bawang merah, buah keras, lada hitam, daun bawang dan halia. Kemudian, kisar semua bahan hingga halus.
- Rebus daging atau tulang bersama sedikit tetel sehingga empuk.
- Masukkan bahan yang telah dikisar tadi ke dalam periuk rebusan. Tambahkan bumbu Masako daging untuk mendapatkan rasa kuah bakso yang asli. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
- Masukkan bebola bakso daging brand Armiya ke dalam kuah dan biarkan mendidih seketika.
- Untuk sambal merah, rebus cili padi bersama bawang putih sehingga lembut, kemudian kisar dan campurkan sedikit ke dalam kuah bakso.
- Hidangkan bersama kobis sawi, tauge, bihun atau mee. Tambahkan kicap ABC dan sambal extra pedas ABC mengikut selera.
Sumber: Nor Hafizah Ismail
Baca juga: Resipi Kuah Lontong Yang Dijamin Sedap, Sukatan Untuk 10 Orang Makan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














