resepi kuah lontong

Resepi kuah lontong ini dijamin sedap, walaupun anda mencubanya untuk pertama kali. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan resipi untuk jualan.

Selain itu, resipi ini sesuai untuk 10 hingga 12 orang makan, jadi anda tidak perlu risau tentang sukatan bahan. Cuma ikut langkah-langkah mudah dalam resipi ini!

Baca juga: Jom Masak Kuetiau Thng Untuk Rumah Terbuka, Pasti Tetamu Puji Tak Henti!

RESEPI KUAH LONTONG SEDAP

resepi kuah lontong

Bahan A:

  • Kobis bulat (dipotong)
  • Kacang buncis (dipotong serong)
  • Lobak (dipotong bulat)
  • 5 biji cili api merah untuk penyeri

Bahan B:

  • 1 pek pucuk paku + suun
  • 1 pek tempe (digoreng)
  • 1 pek tauhu (digoreng)
    250ml santan (2 kotak)
  • 1 liter air

Bahan tumisan:

  • Ikan bilis
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu besar bawang besar (dikisar)
  • 1 sudu besar cili kering (dikisar)
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Tumiskan ikan bilis, serbuk kunyit, bawang besar dan cili kering.
  2. Setelah tumisan naik aroma, masukkan semua bahan A dan B.
  3. Bila sayur sudah layu, masukkan 2 kotak santan (250ml).
  4. Perasakan dengan 1 sudu garam, serbuk cukup rasa dan 2 sudu besar susu pekat.
  5. Kacau dan renihkan selama 10 minit. Siap untuk dihidang!

Sumber resipi dan gambar: CC NoorisHaris

Baca juga: Resipi Laksa Lemak Siam, Menu ‘Rare’ Untuk Rumah Terbuka

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN