cara masak kurma ayam

Cara masak kurma ayam yang sedap sebenarnya tak sesukar yang disangka, asalkan tahu teknik yang betul terutama dalam proses menumis rempah. Resipi ini berkuah pekat, berlemak dan penuh aroma, memang sesuai dijadikan hidangan utama sama ada untuk makan harian atau jamuan keluarga.

Ramai yang cuba masak ayam kurma di rumah, tapi hasilnya kadang-kadang tak menjadi. Ada yang kuah terlalu cair, ada juga yang rasanya kurang “kick”. Sebenarnya, rahsia utama terletak pada cara tumisan rempah yang betul hingga pecah minyak, barulah rasa lebih padu. Jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Rangup Ini Buat Orang Ingat Beli Kat Kedai, Rupanya Masak Sendiri!

CARA MASAK KURMA AYAM BERKUAH PEKAT

cara masak kurma ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam (dipotong ikut suka)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • Serbuk rempah kurma
  • Susu cair
  • Air secukupnya
  • Kentang (dipotong sederhana)
  • Serbuk perasa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bawang goreng (hiasan)
  • Daun sup (hiasan)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan serbuk rempah kurma dan sedikit air. Kacau rata dan teruskan menumis hingga pecah minyak.
  4. Ulang proses tumisan ini 2 hingga 3 kali dengan menambah sedikit air setiap kali supaya rempah benar-benar masak dan kuah jadi lebih pekat serta beraroma.
  5. Masukkan ayam dan gaul rata bersama rempah.
  6. Tuang susu cair dan tambah air secukupnya. Perasakan dengan serbuk perasa.
  7. Masak dengan api perlahan hingga ayam hampir masak dan kuah mula memekat.
  8. Masukkan kentang dan biarkan terus masak hingga kentang empuk dan kuah menjadi lebih sebati serta berkrim.
  9. Bila semua bahan dah masak elok, tutup api.
  10. Taburkan bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan terakhir sebelum dihidangkan.

Sumber: Thread @marshifah

Baca juga: Resipi Nasi Ayam Crispy Yang Lagi ‘Wow’ Dari Biasa, Confirm Jadi Kegemaran Keluarga!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN