Siapa di sini sukakan Ayam Penyet? Hidangan dari negara jiran kita iaitu Indonesia ini cukup popular sampaikan ramai mencari resepi Ayam Penyet yang sedap!
Ayam penyet adalah makanan khas Indonesia dari daerah Jawa Timur yang terdiri daripada ayam digiling menggunakan penggiling dan digoreng.
Hidangan ini tak lengkap tanpa disajikan dengan sambal yang sedap, potongan sayur-sayuran, tauhu goreng dan tempe.
Sesekali nak merasa air tangan sendiri, apa kata anda cuba resepi Ayam Penyet yang dikongsikan oleh Nurul Fairuz di Facebook ini.
Baca juga: Ayam Tandoori Homemade, Sedap Dia Sebijik Macam Kedai Mamak!
RESEPI AYAM PENYET
Bahan-bahan ayam penyet:
- Halia*
- Lengkuas*
- Kunyit hidup*
- 3 batang serai (kalau besar guna 2 batang saja)*
- Bawang putih*
- 1 st jintan kasar
- Bawang merah*
- 1 st jintan halus
- 1 st biji ketumbar
Bahan-bahan sambal ayam penyet:
- 4 biji tomato
- Segenggam cili padi
- 4 biji cili merah
- Bawang besar
- Bawang putih
- Belacan
- Ikan bilis (kalau ada)
Cara-cara penyediaan ayam penyet:
1. Kisar bahan bertanda (*). Tumbuk kasar jintan halus, jintan kasar dan biji ketumbar.
2. Masukkan ayam, bahan kisar, bahan tumbuk, bay leaf, garam dan kiub ayam ke dalam periuk, kemudian rebus.
3. Angkat ayam tu, kemudian rebus pulak tofu dan tempe, angkat dan ketepikan.
4. Air rebusan tadi biar sejuk dulu, kemudiam masukkan tepung beras lebih kurang dalam secawan secara cair untuk celupan tofu, tempe n ayam.
5. Semua ayam, tofu dan tempe dicelup dalam bancuhan tepung tadi, kemudian gorengkan. Kalau ayam jangan lama sebab dah masak, sekadar bagi garing saja. Ayam penyet siap!
Cara-cara penyediaan sambal ayam penyet:
1. Goreng semua bahan di atas, kemudian kisar kasar.
2. Tumis semula seperti masak sambal tumis, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Sambal ayam penyet siap!
Walaupun simple, ia nampak sungguh lazat. Anda boleh gunakan resepi Ayam Penyet ini sebagai hidangan tengah hari buat seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Fairuz
Baca juga: Resipi Sambal Ayam Penyet ‘Berhantu’, Sekali Cuba Pasti Teringat-Ingat!