resepi ayam paprik

Resepi ayam paprik ini cukup ringkas dan mudah untuk dicuba. Hanya tinggal ‘campak-campak’ semua bahan dan sudah siap satu lauk!

Menu ini sesuai untuk ibu-ibu yang lewat pulang dari kerja tapi tetap mahu menyediakan masakan yang lazat untuk seisi keluarga.

Jika mahu mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara memasak yang lengkap, jom lihat resipi penuh di bawah.

Baca juga: Cara Buat Sambal Bilis Crispy Macam Beli, Menu Emergency Bila Lewat Bangun Sahur!

RESEPI AYAM PAPRIK

Bahan tumbuk/kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili padi (jika suka pedas)

Bahan-bahan lain:

  • Sos ikan
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Isi ayam
  • Carrot
  • Daun limau purut
  • Kubis bunga
  • Kacang buncis/kacang panjang
  • Chili flakes (rendam dalam air)

resepi ayam paprik

Cara memasak:

1. Tumis bahan tumbuk atau kisar. Bila dah naik bau, masukkan chili flakes yang direndam dalam air.

2. Masukkan pula isi ayam dan gaul sebati.

3. Apabila ayam sudah separuh masak, masukkan semua sayur-sayuran iaitu carrot, kubis bunga dan kacang buncis/kacang panjang.

4. Masukkan juga sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Gaul sehingga semuanya sebati dan bercampur rata.

5. Tambah sos ikan dan daun limau purut. Kalau nak kuah gelap macam di kedai, tambah sedikit kicap manis.

6. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

resepi ayam paprik

Kredit resipi dan gambar: Fateha Musraza via Lemon8

Baca juga: Resipi Sup Ayam Tumis Darat Paling Simple, Sekejap Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN