Categories: Resipi

Resipi Ayam Panggang Lazat & Berjus, Cara Mudah Tak Payah Perap!

resepi ayam panggangresepi ayam panggang

Resepi ayam panggang ini cukup mudah dan ringkas untuk dicuba. Bukan itu saja, anda tidak perlu memerap ayam dalam tempoh yang lama.

Selepas melumur pes pada ayam, boleh terus dipanggang. Hasilnya, ayam masak dengan sempurna. Garing di luar tapi masih lembap dan berjus di dalam.

Baca juga: Cara Goreng Ayam Tanpa Lumur, Guna Teknik Tabur Tepung Dalam Minyak

RESEPI AYAM PANGGANG TANPA PERAP

resepi ayam panggangresepi ayam panggang

Bahan-bahan perapan:

  • Pes rendang
  • Pes sos Korea (untuk rasa hot spicy)
  • 3 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • 2 cubit serbuk lada putih
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 4-5 sudu besar kicap
  • 1 sudu besar cili sos
  • 2 renjis minyak bijan
  • 1 sudu kecil sos tiram

Cara-cara:

  1. Sediakan seekor ayam, basuh bersih dan cucuk keseluruhan ayam menggunakan garfu.
  2. Campurkan semua bahan perapan dalam bekas dan kacau rata. Jika rasa kurang apa-apa, boleh tambahkan mengikut cita rasa. Pes ini cukup untuk perap 3-4 ekor ayam.
  3. Ambil kira-kira 2 sudu besar perapan dan lumurkan seluruh bahagian ayam. Tak perlu perap, boleh terus bakar. Namun, jika perap lebih lama, rasanya akan lebih sedap.
  4. Bakar ayam dalam air fryer (AF) atau oven. Untuk tempoh pembakaran pertama, set suhu 170°C dan bakar selama 30 minit.
  5. Balikkan ayam dan lumur lagi dengan sos perapan. Set suhu 170°C dan bakar lagi selama 30 minit.
  6. Keluarkan air yang terkumpul di bahagian bawah ayam supaya permukaan ayam tidak lembik.
  7. Balikkan ayam sekali lagi dan sapukan sedikit lagi sos perapan. Ratakan rata.
  8. Untuk pembakaran terakhir, bakar selama 25 minit pada suhu 170°C.
  9. Setelah selesai membakar, ayam akan kelihatan garing di luar dan masih lembap serta berjus di dalam.
  10. Siap untuk dihidangkan!

Ayam panggang ini sesuai dimakan dengan apa-apa jenis nasi. Jangan lupa curahkan sedikit minyak dan air yang keluar dari ayam di atasnya untuk menambah kilatan.

Sumber: Afy Al Habibi

Baca juga: Lelaki Kongsi Rahsia Ibu Pilih Ayam Segar, Jangan Main Ambil Saja!

Nasiha

Recent Posts

Buat Sendiri Bread Crumbs Guna Roti Keping, Senang Saja Rupanya!

Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan…

16 hours ago

Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Semua orang pasti pernah hadapi masalah nasi jelantah iaitu mentah atau kurang masak. Oleh itu,…

18 hours ago

Resepi Puding Red Velvet, Cantiknya Seiring Dengan Rasa Sedap Tak Terkata

Nak buat puding cantik dan terbentuk elok bukanlah mudah, tapi tak mustahil jika tahu caranya.…

19 hours ago

Cara Buat Perapan Ayam Bakar Sedap, Sesuai Untuk Wrap, Sandwic & Salad

Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau…

19 hours ago

Resipi Ikan Cencaru Sumbat, Ikut Cara Ini Dijamin Isi Tak ‘Terburai’

Resepi ikan cencaru sumbat ini ada peminatnya! Bila makan sedap tak terkata, tak perlu lauk…

22 hours ago

Beza Chopper Dan Blender, Mana Satu Yang Lebih Sesuai Pakai Di Dapur?

Chopper dan blender merupakan antara peralatan yang wajib ada di dapur. Namun, anda perlu tahu…

22 hours ago