Categories: Resipi

Resipi Ayam Masak Bawang Berkuah Pekat & Beraroma, Sekali Masak Mesti Nak Ulang Banyak Kali!

Kalau tiada idea nak masak apa, apa kata cuba resepi ayam masak bawang ini. Rasanya betul-betul sedap dan beraroma, dengan kuah yang pekat dan ayam yang jucy.

Walaupun cara memasaknya ringkas, rasa tetap sedap dan padu hasil gabungan bawang goreng, daun kari dan campuran sos. Macam lauk kenduri, tapi boleh masak di rumah sahaja.

Hidangan ini sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Kalau buat lebih pun tak apa, sebab bila dipanaskan semula, rasanya jadi lagi sedap!

Baca juga: Resipi Kaki Ayam Goreng Tepung Rangup, Ikut Petua Ini Tak Liat Langsung Bila Makan!

RESEPI AYAM MASAK BAWANG

Bahan utama:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya (untuk perap ayam)

Bahan tumisan:

  • 1 batang daun kari
  • 1 helai daun pandan (simpul)
  • 3 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga)

Bahan kisar:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cili kering (direbus dahulu)

Bahan tambahan:

  • 2 sudu besar serbuk kari
  • ½ sudu kecil serbuk jintan manis
  • ½ sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit air
  • Serbuk perasa, gula dan garam secukupnya
  • Daun sup dan daun bawang (hiris halus)
  • Bawang merah (dihiris dan digoreng hingga garing)

Cara memasak:

  1. Goreng bawang merah yang dihiris sehingga bertukar warna ‘golden brown’. Angkat dan ketepikan.
  2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Guna minyak gorengan ayam tadi, tetapi kurangkan sedikit minyak. Tumis daun kari, 3 sekawan dan daun pandan hingga wang
  4. Kemudian, masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, cili kering direbus).
  5. Masukkan juga serbuk kari, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih. Tumis semua bahan sampai pecah minyak.
  6. Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tuangkan sedikit air dan sambung menumis hingga sebati.
  7. Letakkan serbuk perasa, gula dan garam secukupnya
  8. Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Gaul rata hingga semuanya sebati.
  9. Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas!

Sumber: Koleksi Resepi Masakan Ayam

Baca juga: Ayam Goreng Tomyam, Resipi Paling Senang Tapi Rasanya Memang Power

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

2 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

2 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

2 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

3 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

3 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

6 hours ago