ayam madu pedas

Kalau dah bosan asyik masak ayam kicap atau kari ayam, jom cuba resipi ayam madu pedas yang lain dari biasa.

Resipi ini dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nor Farah Atika. Menurut beliau, anak-anak dan suami pasti makan bertambah-tambah setiap kali menu ini dihidangkan.

Cara memasaknya juga sangat mudah dan tidak renyah langsung. Sekali cuba, pasti ingin ulang masak setiap minggu!

Baca juga: Tip Kari Ayam Ekstra ‘Kick’ & Wangi, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Rahsia Ini

RESEPI AYAM MADU PEDAS

ayam madu pedas

Bahan untuk ayam goreng:

  • 10 ketul ayam
  • Garam (secukupnya)
  • Serbuk kunyit (secukupnya)

Bahan kisar kasar:

  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hiris halia (saiz ibu jari)
  • 4 biji cili besar merah & hijau
  • 4 biji cili padi merah & hijau

Bahan tumis & perasa:

  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • Sedikit kicap manis (untuk warna)
  • Madu (ikut tahap kemanisan yang diingini)
  • Daun limau purut
  • 1 batang lobak merah (dihiris)
  • Garam dan serbuk perasa (secukup rasa)
  • Air sedikit (untuk berkuah)
  • Cili besar hiris (untuk akhir masakan)

Cara memasak:

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, kemudian goreng sekejap sahaja supaya ayam tidak keras.
  2. Kisar kasar bahan-bahan: bawang merah, bawang putih, halia, cili besar dan cili padi.
  3. Buang sedikit minyak goreng ayam tadi, kemudian tumis bahan kisar kasar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan sos cili, sos ikan dan sedikit kicap manis. Gaul sebati.
  5. Tambahkan madu mengikut citarasa manis yang anda inginkan.
  6. Tuangkan sedikit air supaya ada kuah.
  7. Masukkan daun limau purut dan lobak merah. Gaul dan biarkan wangi.
  8. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  9. Bila kuah cukup rasa, masukkan ayam goreng.
  10. Gaul rata dan tambah cili besar hiris.
  11. Reneh 1–2 minit, kemudian tutup api. Siap untuk dihidangkan!

Sumber resipi dan gambar: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Kari Ayam Kerisik Yang Lain Dari Biasa, Kuah Pekat Berlemak Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN