ayam madu

Pasti ramai yang suka makan Ayam Madu di restoran Nasi Kandar, kan? Apa kata jom cuba buat sendiri di rumah menggunakan resipi oleh saudari Adnil Sam di bawah.

Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah yang ringkas, anda juga boleh menikmati hidangan yang lazat ini tanpa perlu ke restoran. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rahsia Buat Kuah Dhal Yang Padu, Sedap Mengalahkan Kedai Mamak!

RESEPI AYAM MADU MAMAK

ayam madu

Bahan-bahan ayam goreng mamak:

  • 1 ekor ayam – dipotong 8 dan dicuci bersih
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar pes halia
  • 1 sudu besar pes bawang putih
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji limau nipis

Bahan-bahan sos madu:

  • 1 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar minyak jagung
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan
  • 40 g buah kurma – dikisar halus
  • 2 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 100 ml madu
  • 1 cawan air panas
  • ½ biji buah oren (saiz kecil) – ambil jusnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan penumis:

  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 helai daun pandan – disimpul

Cara-cara:

1. Gaulkan tepung jagung dan tepung beras bersama bawang putih dan halia hingga rata.

2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, garam, dan perahan air limau nipis. Kacau hingga sebati.

3. Masukkan ayam dan sedikit air. Perap selama 20-30 minit.

4. Goreng ayam hingga garing, kemudian angkat dan ketepikan.

5. Untuk kuah madu, panaskan sedikit minyak lebihan gorengan ayam bersama minyak jagung dan marjerin. Tumiskan bahan-bahan penumis terlebih dahulu, kemudian masukkan pes buah kurma, gula, madu, serbuk cili, serbuk kari, sos cili, sos tomato, air panas, cuka, dan perahan jus oren.

6. Perasakan dengan garam, dan jika suka, boleh renjiskan sedikit ajinomoto.

7. Biarkan hingga masak dan pekat. Rasa dan sesuaikan perisa jika perlu.

ayam madu

8. Tuangkan kuah ke atas ayam yang telah dikerat dan siap untuk dihidangkan!

ayam madu

Kredit: Adnil Sam

Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN