Categories: Resipi

Cara Masak Ayam Kurma Yang Sedap & Kuah Pekat Likat, Confirm Menjadi Bila Ikut Resipi Ini!

Kalau tiada idea nak masak lauk ayam, apa kata cuba resepi ayam kurma yang sedap dan berkuah pekat ini. Daripada kanak-kanak hingga ke orang dewasa, semua pasti suka dengan rasanya yang lemak manis dan tidak terlalu pedas.

Walaupun nampak istimewa, cara penyediaan ayam kurma sebenarnya cukup mudah. Hanya menggunakan bahan asas seperti bawang, halia, rempah kurma dan santan, hidangan ini boleh siap dalam masa yang singkat.

Bagi yang ingin mencuba, berikut ialah resipi penuh yang dikongsikan oleh Encik Ben Ameer Nour Ismail. Caranya cukup ringkas, tapi hasilnya sangat menyelerakan!

Baca juga: Ayam Masak Kicap Bersantan Ala Jawa, Sekali Sekala Ubah Selera Apa Salahnya!

RESEPI AYAM KURMA

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar Holland
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana)
  • Air secukupnya
  • 2 biji kentang (dipotong)
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil air asam jawa
  • Lada burung (ikut tahap pedas yang diingini)
  • 1 biji cili besar (dibelah dua)
  • 1 biji tomato (dibelah empat)

Cara Memasak:

  1. Kisar bawang Holland, bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan rempah kurma dan tumis lagi sehingga naik bau dan garing.
  4. Masukkan ayam yang telah dipotong. Gaul rata dan biar seketika.
  5. Tuang air secukupnya dan masak sehingga ayam empuk.
  6. Masukkan kentang dan biarkan ia lembut.
  7. Tambahkan santan dan kacau perlahan.
  8. Masukkan gula melaka, garam dan air asam jawa.
  9. Masukkan lada burung, cili besar dan tomato.
  10. Perlahankan api dan teruskan memasak sehingga santan pecah minyak dan kuah menjadi pekat.

Sumber: Ben Ameer Nour Ismail

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bali, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Rasa Tetap Padu!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

11 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

12 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

12 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

13 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

13 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

16 hours ago