resipi ayam masak kicap

Kalau dah biasa masak ayam kicap, kali ini apa kata jom cuba resipi ayam masak kicap bersantan ini pula.

Menu ini sebenarnya diilhamkan dari Jawa, Indonesia, yang dikongsikan oleh Puan Syalfarina Razali.

Menurut beliau, resipi ini dipelajari dari ibu mentua kepada ibu saudaranya yang merupakan orang Jawa.

Jika ada yang ingin mencuba kelainan, jom lihat resipi penuh di bawah untuk ketahui bahan-bahan dan cara memasak yang lengkap.

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bali, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Rasa Tetap Padu!

RESIPI AYAM MASAK KICAP

resipi ayam masak kicap

Bahan utama:

  • ½ ekor ayam – lumur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng separuh masak (jangan terlalu garing, nanti keras)

Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji buah keras (tumbuk sekali dengan bahan kisar)

Bahan lain:

  • 1 inci halia (hiris atau ketuk)
  • Penumis 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • ½ sudu kecil asam jawa (ramas dengan sedikit air)
  • Kicap manis secukupnya
  • 5 sudu besar santan (agak-agak ikut kepekatan kuah)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak (guna minyak goreng ayam tadi)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak gorengan ayam tadi.
  2. Tumis penumis 4 sekawan, hirisan halia dan bahan kisar (bawang merah, bawang putih, buah keras) hingga wangi dan naik bau.
  3. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi hingga sedikit berkuah.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Renehkan hingga ayam betul-betul masak.
  5. Tuangkan kicap manis secukupnya.
  6. Renehkan lagi hingga kuah sedikit pekat.
  7. Masukkan santan. Kacau perlahan hingga kuah jadi berlemak.
  8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya (hati-hati sebab kicap dah manis dan masin).
  9. Siap untuk dihidang!

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Cara Basuh Ayam Paling Bersih, Rendam Dalam ‘Air Ini’ Untuk Hilangkan Segala Lendir & Bau

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN