ayam karahi

Ayam Karahi ini merupakan salah satu menu yang sangat popular dalam kalangan warga Pakistan. Ia sesuai dimakan dengan nasi minyak atau roti canai.

Jika di negara kita, ayam karahi boleh dikatakan lebih kurang seperti ayam masak merah. Yang membezakan adalah rempah ratus yang digunakn. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Erni Abu Samah di Facebook.

Baca juga: Ulunthu Vadei Kuih Tradisi India, Elok Lembut Ikut RESIPI Ini

RESIPI AYAM KARAHI ALA PAKISTAN

Bahan-bahan:

  • Ayam seekor

Bahan-bahan perap:

  • 2 sudu serbuk ketumbar
  • 2 sudu serbuk cumin
  • 1 sudu serbuk lada hitam
  • 1 sudu serbuk cili
  • 1 inci halia dan 5 biji garlic ditumbuk halus
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit

Cara memasak:

1. Ayam dipotong kecil dan diperap selama 3 jam dengan bahan-bahan perap.

2. Dalam kuali, tumis sebiji bawang merah besar hingga kuning. Masukkan bahan perap gaul sebati.

3. Selepas itu, tambahkan 5 biji tomato yang dicincang, daun ketumbar dan 2 biji cili hijau hiris.

ayam karahi

4. Tambah 2 sudu yogurt dan 3 cawan air. Masak sampai pekat. Bila kentang dan ayam dah masak. Perasakan dengan garam.

5. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

ayam karahi

Nota: Resipi asal tak guna kentang. Garam masala tu optional. Periuk itu jenama king denji pada yang bertanya.

Kredit resipi dan gambar: Erni Abu Samah

Baca juga: Ayam Butter Cara Masakan India, Sedap Rasa Rempah dan Lemak Berkrim!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN