ayam goreng thai

Ayam goreng Thai antara menu yang cukup digemari kerana rasanya yang unik, rangup di luar tetapi masih lembut dan berjus di dalam. Gabungan rempah, bawang putih, ketumbar serta aroma daun limau purut menjadikan ayam goreng ini lebih wangi dan menyelerakan.

Kalau selalu makan ayam goreng biasa, apa kata cuba kelainan dengan resipi ayam goreng Thai ini. Isi ayam dipotong kecil dan diperap bersama bahan kisar serta campuran rempah supaya setiap gigitan terasa penuh dengan rasa.

Menariknya, resipi ini tidak susah untuk dibuat di rumah. Hanya perlu gaulkan semua bahan, perap seketika dan goreng sehingga keemasan. Tambahan daun limau purut, bawang putih dan cili kering ketika menggoreng pula menaikkan lagi aroma ayam goreng ini.

Baca juga: Cara Buat Sambal Ayam Stail Orang Dulu, Sambal Pekat Berkilat Buat Makan Bertambah Nasi!

RESIPI AYAM GORENG THAI RANGUP

ayam goreng thai

Bahan utama:

  • Isi ayam yang dipotong dadu secukupnya

Bahan kisar:

  • 1 sudu makan ketumbar
  • Akar ketumbar secukupnya
  • 5 ulas bawang putih

Bahan campuran:

  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit gula
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kicap sotong
  • Sedikit minyak bijan (pilihan)
  • 3 sudu besar tepung goreng ayam
  • 2 sudu besar bijan

Bahan tambahan ketika menggoreng:

  • Daun limau purut
  • Bawang putih
  • Cili kering

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan kisar bersama semua bahan campuran ke dalam bekas berisi isi ayam.
  2. Gaulkan ayam sehingga semua bahan bersalut rata dan sebati.
  3. Perapkan ayam selama kira-kira 30 minit supaya rempah lebih meresap ke dalam isi ayam.
  4. Panaskan minyak yang secukupnya. Goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga ayam masak dan bertukar warna keperangan.
  5. Apabila ayam hampir masak, masukkan daun limau purut, bawang putih dan cili kering ke dalam minyak gorengan untuk memberikan aroma yang lebih harum.
  6. Angkat ayam goreng Thai dan toskan minyak berlebihan.
  7. Sedia dinikmati bersama nasi panas atau sebagai kudapan. Selamat mencuba!

Sumber: Azura Radzi

Baca juga: Resipi Ayam Sambal Bali Yang Harum Semerbak, Menu Simple Yang Gerenti Laku Keras Satu Rumah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN