Siapa yang dah lama nak cuba buat ayam golek pengantin? Kebanyakannya waktu berkahwin dahulu, ramai yang tak sempat untuk makan ayam tersebut kerana mengejar masa untuk sesi bergambar dan meraikan tetamu.
Oleh itu, jom kita cuba buat sendiri di rumah. Barulah boleh menjamah ayam dengan puas! Bahan yang digunakan juga cukup mudah, biasanya bahan tersebut sudah ada di dapur.
Resipi perkongsian oleh Marina Ismail ini dijamin akan menghasilkan ayam yang sangat moist, lembut dan secukup rasa. Selamat mencuba!
Baca juga: Patutlah Air Sirap Kenduri Sedap Lain Macam, Rupanya Ini Resipi Rahsianya
RESEPI AYAM GOLEK PENGANTIN
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (kak M guna yang 2kg lebih)
- 3 batang serai (tumbuk)
- 2 batang serai (ketuk)
- 6 ulas bawang putih
- 2 biji bawang besar
- 2 sudu besar cili blend
- 1 inci halia
- 250gm santan
- 1 sudu teh kunyit serbuk
- 1 sudu besar minyak masak
- ½ sudu teh jintan manis
- ½ sudu teh jintan putih
- ½ sudu teh ketumbar
- 1 kiub ayam
- Garam
- Gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Sapu rata garam, serbuk kunyit dan minyak pada ayam. Perap 15 minit.
2. Tumbuk serai dan bawang putih hingga lumat. Lumur rata pada ayam. Biar 15 minit.
3. Kisar bawang merah, cili kisar dan halia. Masukkan dalam kuali bersama santan.
4. Masak dengan api perlahan. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar, kiub ayam, garam dan gula. Masak sampai sebati.
5. Dah masak sejukkan sekejap. Bila dah agak suam, ambil 2 batang serai yang diketuk tadi dan gunakan serai tersebut untuk sapu rata pes tadi pada ayam. Masukkan pes ke dalam perut ayam juga.
6. Akhir sekali masukkan 2 batang serai tadi dalam perut ayam.
7. Perap lagi ayam dalam 30 minit.
8. Bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 180℃. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Marina Ismail
Baca juga: Resipi Ayam Masak Merah Ala Kenduri ‘Cara Orang Lama’, Tak Guna Sebarang Sos Pun