resepi ayam berlado

Kalau anda tengah cari resepi ayam berlado yang ringkas tapi tetap padu rasanya, anda memang kena cuba versi ini. Masakan berlado memang terkenal dengan rasa pedas menyengat, tapi dalam masa sama ada aroma harum dari daun limau purut yang buat lauk ini jadi lain daripada yang lain.

Resipi ini sebenarnya tak susah langsung, bahan pun kebanyakannya memang selalu ada dalam dapur. Cukup dengan ayam, bawang, cili dan beberapa bahan lain, anda dah boleh hasilkan lauk sedap yang sesuai dimakan sekeluarga. Jom cuba!

Baca juga: Cara Masak Ayam Vanggey, Ini Rahsia Kuah Pekat & Rempah Wangi Macam Dekat Mamak!

RESEPI AYAM BERLADO

resepi ayam berlado

Bahan-bahan:

  • 500g ayam (dipotong kecil)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 15 biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menumis & menggoreng

Cara memasak:

  1. Mula-mula, ayam diperap dengan sedikit garam dan digoreng separuh masak, kemudian ketepikan.
  2. Bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan cili merah dikisar kasar.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar kasar tadi hingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam goreng separuh masak tadi, gaul rata dengan bahan tumisan.
  5. Tambahkan sos tiram, garam dan serbuk perasa secukupnya. Akhir sekali, masukkan daun limau purut untuk menaikkan aroma.
  6. Biarkan seketika hingga ayam masak sepenuhnya dan sambal jadi pekat. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, confirm terangkat!

Sumber: Ayu Arifin

Baca juga: Resipi Kurma Ayam Tanpa Letak Santan, Rasa Lebih Ringan & Tak Muak Dimakan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN