Mudah rupanya resepi ayam bawang mamak seperti di restoran nasi kandar. Lauk ini merupakan salah satu menu yang menjadi pilihan ramai setiap kali menjamu selera di restoran itu.
Rasa kari, manis bawang serta aroma daun pandan yang meresap ke dalam isi ayam mampu menaikkan selera sesiapa saja, memang tak pandang kiri kanan dah!
Mungkin ada yang rasa resipi ini agak susah, tetapi ia sebenarnya cukup mudah untuk dimasak tau! Jom lihat resipi yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mizah Ngatiman di bawah ini.
Baca juga: Resipi Sayur Kubis Goreng Ala Mamak, Memang Berbaloi Kalau Buat Sendiri!
RESEPI AYAM BAWANG MAMAK
Bahan kisar:
– 1 biji bawang merah besar
– 3 ulas bawang putih
– 2 inci halia
Bahan-bahan lain:
– 2 belah bahagian ayam
– 3 biji bawang merah besar (hiris)
– Daun kari
– Daun pandan
– Serai diketuk
– Rempah tumis 4 sekawan
– 2sb serbuk cili
– 1sb serbuk kari daging
– 1/2sb serbuk jintan manis
– 1sb sos tiram
– 1sb sos cili
– Kicap manis (renjiskan sahaja)
– Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Mula-mula hiris bawang besar. Goreng sampai warna macam ini. Tak perlu garing sangat. Angkat dan ketepikan seketika.
2. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng seperti biasa. Angkat dan ketepikan seketika.
3. Panaskan minyak. Tumis daun pandan, serai dan rempah 4 sekawan.
4. Letak bahan kisar. Biarkan sehingga pecah minyak sekejap.
5. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kari daging dan serbuk jintan manis. Tumis biar pecah minyak sekali lagi.
6. Dah pecah minyak. Letak sedikit air. Letakkan juga sos tiram dan sos cili.
7. Letak garam dan gula secukupnya. Renjiskan juga sedikit kicap manis.
8. Jika kuah sudah sedikit memekat. Terus letakkan ayam goreng dan juga bawang goreng tadi.
9. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Mizah Ngatiman via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Cara Nak Tahu Kedai Mamak Muslim Atau Tidak, Semak 6 Ciri Ini