resepi asam pedas

Jom cuba resepi asam pedas paling mudah ini. Resipi perkongsian oleh Saudari Lin Zalika di bawah sesuai untuk mereka yang pertama kali mahu mencuba memasaknya.

Resipi ini tidak perlu menggunakan daun kesum atau bunga kantan sama sekali. Tetapi hasilnya tetap sedap dan secukup rasa.

Cara memasak juga hanya menggunakan beberapa jenis bahan asas iaitu halia, kunyit hidup, bawang putih, bawang merah, cili kering dan beberapa bahan lain lagi.

Jika ada yang nak tahu resipi yang lengkap, ikut saja resipi di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Yang Lazat, Kuah Kena Pekat Macam Ni Baru Sedap!

RESEPI ASAM PEDAS JOHOR TANPA DAUN KESUM & BUNGA KANTAN

Bahan-bahan kisar:

  • 5cm halia
  • 2cm kunyit hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 4, 5 ulas bawang merah

*Kisar semua bahan di atas.

Bahan-bahan lain:

  • 2 1/2 senduk cili kering
  • 5-6 ekor ikan
  • 2 keping asam keping atau asam jawa
  • 1 cawan minyak masak
  • 700ml air

Penggunaan halba bergantung jenis ikan seperti kalau guna ikan mayong, duri, pari, patin, sembilang.

Cara memasak:

1. Tumis bahan kisar sampai naik bau.

2. Masuk lada kering, tumis sampai pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.

3. Seterusnya, masukkan air dan garam lebih kurang 2 sudu kecil serta bahan perasa.

4. Tunggu kuah mendidih, barulah masuk ikan dan asam. Biarkan 3 minit, kemudian boleh tutup api. Siap, sedia untuk dihidangkan.

resepi asam pedas

Tips:

  • Ikan perlu masak lama sebab cepat masak
  • Resipi ini sesuai untuk orang yang baru nak belajar masak
  • Kalau masak asam pedas johor, sekiranya dah guna daum kesum tak perlu tambah bungga kantan sebab bau akan bercampur aduk dan bukan jadi asam pedas Johor
  • Penggunaan daun kesum, daun limau, daun kunyit, serai, bunga kantan mengikut cita rasa masing-masing atau ikut kesesuaian lauk daging, ayam dan telur ikan

Kredit: Lin Zalika

Baca juga: Resipi Sup Ayam Sesuai Untuk Batuk & Berkahak, Tekak ‘Auto’ Rasa Lega

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN