Categories: Resipi

Resepi Apam Susu Kukus Viral, Tekstur Gebu Macam Kapas & Mudah Sangat Nak Buat!

Mencari resepi apam susu kukus yang mudah, gebu dan sedap? Resipi ini hanya menggunakan bahan asas seperti susu, tepung dan telur, tetapi hasilnya cukup lembut dengan rasa susu yang lemak manis. Sesuai sangat dijadikan menu minum petang bersama keluarga.

Menariknya, apam susu kukus ini juga boleh dihias dengan pelbagai warna mengikut kreativiti sendiri. Dengan tekstur yang ringan dan rupa yang cantik, kuih ini pasti menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Baca juga: Lempeng Lembut Paling Mudah Nak Jadi, Rahsia Adunan Ini Buat Tekstur Gebu & Tak Koyak

RESEPI APAM SUSU KUKUS

Bahan-bahan:

  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu cair atau susu full cream
  • ½ cawan susu pekat manis
  • 1 sudu makan yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • Pewarna makanan mengikut citarasa

Cara-cara Penyediaan:

1. Masukkan telur, susu cair, susu pekat, yis, tepung gandum dan tepung beras ke dalam satu bekas.

2. Kacau semua bahan sehingga sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

3. Rehatkan adunan selama 30 minit supaya yis mula bertindak dan menghasilkan tekstur apam yang lebih gebu.

4. Jika mahu menghasilkan corak berwarna-warni, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan campurkan dengan pewarna pilihan.

5. Sapukan sedikit minyak masak pada acuan supaya apam mudah dikeluarkan selepas dikukus.

6. Tuangkan adunan secara berselang-seli mengikut corak yang diingini.

7. Kukus selama kira-kira 15 minit atau sehingga apam masak sepenuhnya.

Tips Hasilkan Apam Susu Kukus Lebih Gebu:

  • Pastikan yis yang digunakan masih aktif supaya adunan mudah naik.
  • Jangan terus mengukus selepas mengadun, biarkan adunan berehat mengikut masa yang ditetapkan.
  • Panaskan pengukus terlebih dahulu sebelum memasukkan acuan.
  • Balut penutup pengukus dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap menitik ke atas apam.
  • Gunakan api sederhana supaya apam masak sekata dan kekal lembut.
  • Jangan buka penutup pengukus terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan apam kurang naik.

Dengan bahan yang mudah dan cara penyediaan yang tidak rumit, resepi apam susu kukus ini memang sesuai dicuba oleh sesiapa sahaja. Teksturnya yang gebu, rasa susu yang enak serta rupa yang menarik menjadikan kuih ini pilihan sempurna untuk hidangan keluarga.

Sama ada untuk minum petang, jamuan kecil atau sekadar mengisi masa lapang di dapur, apam susu kukus ini pasti memikat selera setiap kali dihidangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Chrisnnis Sungkil

Baca juga: Cara Membuat Kuih Sagu Yang Menjadi Setiap Kali, Rahsianya Kacau 10 Minit Sahaja

Aimi

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

14 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

15 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

15 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

16 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

19 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

19 hours ago