
Lempeng lembut menjadi antara menu sarapan tradisional yang sentiasa digemari ramai kerana teksturnya yang gebu, lembut dan mengenyangkan. Jika anda sedang mencari resipi yang mudah menjadi walaupun pertama kali mencuba, perkongsian ini memang wajib disimpan.
Resipi yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini dikatakan pernah dijadikan jualan kerana hasilnya sentiasa lembut, tidak mudah koyak dan sedap dinikmati bersama sambal sardin atau sambal bilis yang pedas manis. Malah, ia juga boleh digulung atau dilipat mengikut cita rasa masing-masing.
Baca juga: Cara Membuat Kuih Sagu Yang Menjadi Setiap Kali, Rahsianya Kacau 10 Minit Sahaja
RESIPI LEMPENG LEMBUT

Bahan-bahan:
- 1 liter air
- 3 cawan tepung gandum
- 1 biji telur (saiz A atau B)
- 1½ sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu kecil baking powder
- 3 sudu besar minyak masak
Cara-cara Penyediaan:
1. Satukan semua bahan ke dalam pengisar (blender).
2. Kisar sehingga adunan benar-benar sebati.
3. Tapis adunan supaya teksturnya lebih halus.
4. Perap atau jeram adunan selama kira-kira 1 jam.
5. Panaskan kuali non-stick dan tuangkan adunan secukupnya.
6. Masak sehingga permukaan lempeng kelihatan kering.
7. Terbalikkan lempeng dan masak sehingga kedua-dua bahagian masak sempurna.
8. Tidak perlu menyapu minyak lagi pada kuali untuk lempeng yang seterusnya.
9. Gulung atau lipat lempeng mengikut kreativiti sebelum dihidangkan.
Tips Buat Lempeng Lembut Gebu Dan Tak Mudah Koyak
- Perap adunan selama sejam supaya tekstur lempeng menjadi lebih lembut dan sekata.
- Tapis adunan selepas dikisar bagi mendapatkan adunan yang licin tanpa ketulan.
- Gunakan kuali non-stick untuk memudahkan lempeng diangkat tanpa melekat.
- Pastikan permukaan lempeng benar-benar kering sebelum diterbalikkan bagi mengelakkan ia koyak.
- Tidak perlu menambah minyak pada kuali setiap kali memasak kerana adunan sudah mengandungi minyak masak.
- Lempeng ini paling sedap dimakan bersama sambal sardin, sambal bilis, kari atau kuah kegemaran anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Tuan Adriana Arissa
Baca juga: Resepi Roti Sardin Sedap Guna Roti Burger Yang Rangup Di Luar, Inti Padat Memang Makan Sampai Puas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














