apam solo

Pasti ramai yang tidak pernah mendengar kuih apam solo bukan? Nama diberi bukan kerana orang yang membuatnya masih solo, tetapi disebabkan oleh nama pengasasnya iaitu Bengawan Solo. Peminat kuih-muih nusantara pasti tidak asing lagi dengan figura ini.

Apam solo adalah apam berinti kacang merah atau kelapa. Cara membuatnya juga cukup mudah dan tidak leceh. Jika ada yang mahu mencuba, Jue Riana Yusoff ada berkongsikan resipi di bawah. Empunya resipi menggunakan acuan berbentuk ros, tetapi anda boleh menggunakan mana-mana acuan yang ada di rumah.

Baca juga: Resipi Cek Mek Molek Guna 4 Bahan Mudah, Ikut Cara Ini Baru Kuih Tak ‘Pecah’

RESEPI APAM SOLO INTI KACANG MERAH

apam solo

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras (saya guna cap teratai)
  • 1 cawan gula
  • ¼ cawan minyak masak
  • 2 ½ cawan air suam-suam kuku
  • Sedikit garam
  • Sepaket yis (11g)
  • Pewarna
  • Inti (kacang merah/coklat/kaya/lain-lain)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dan kacau sehingga semua bercampur rata. Perapkan seketika selama 1 hingga 2 jam.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa mangkuk dan letakkan warna perwarna yang disukai.

3. Cara buat warna macam dalam gambar, paipkan warna hijau guna piping bag ke dalam acuan, letak warna pink pekat di tengah-tengah. Kemudian warna pink cair, letak inti dan tutup dengan warna putih.

4. Kukus selama 12 hingga 15 menggunakan api sederhana. Selamat mencuba!

apam solo

Kredit resipi dan gambar: Jue Riana Yusoff

Baca juga: Kuih Talam Seri Muka Pandan, Resipi Dijamin ‘Anti-Gagal’ & Lembut Elok!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN