Kalau ada banyak pisang di rumah, apa kata jom gunakan pisang itu untuk mencuba resepi apam pisang ini.
Apam pisang ini sesuai dihidangkan pada jamuan atau masjlis keramaian disebabkan oleh saiznya yang kecil comel.
Teksturnya yang lembut dan gebu juga pasti akan digemari oleh sesiapa saja tidak kira muda atau tua. Jom cuba!
Baca juga: Resipi Apam Solo Inti Kacang Merah, Cantik Sangat Sayang Nak Makan!
RESEPI APAM PISANG KUKUS
Bahan A:
- Telur gred B 2biji
- Minyak 1 cawan
- Gula 1 cawan
- Garam sedikit
Bahan B:
- Tepung gandum rose 2 cawan
- Soda bikarbonat 2 sudu teh
- Baking powder 1 sudu teh
Cara-cara:
- Campurkan bahan A dan B.
- Masukkan pisang yang dilecek 1 dan 1/2 cawan (pisang berangan-pisang mesti lecek/tenyeh sahaja jangan blend/kisar ya sebab kita nak urat pisang tu naik).
- Masuk dalam piping bag dan masuk kn dlm acuan lompang 3/4. Letak hirisan pisang.
- Jika nk buat perisa chocolate boleh tambah serbuk koko 1/2 cawan serta chocolate coin yang telah dicairkn 1/2 cawan pada adunan A.
- Kukus selama 15minit. Dilarang buka penutup pengukus pada 10 minit terawal kerana apam sedang naik dengan jayanya.
- Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Nurul Atikah Abu Hassan
Baca juga: Resipi Apam Mekar Guna Sukatan Cawan, ‘First Time’ Buat Pun Cantik Elok