resepi apam nasi mudah

Siapa sangka lebihan nasi di dapur boleh bertukar menjadi hidangan yang lembut dan gebu? Walaupun tanpa tepung gandum, anda boleh buat resepi Apam Nasi mudah yang sedap.

Apam Nasi ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat menggunakan nasi putih sebagai bahan utama, biasanya dikisar bersama air, gula dan bahan penaik seperti yis.

Baru-baru ini, Nitaharry berkongsi resepi Apam Nasi mudah menggunakan beberapa bahan asas tanpa tepung gandum dengan menggunakan tepung beras sebagai ganti. Jom kita cuba!

Baca juga: Jemput Jemput Nasi Gebu, Baru Makan Sebiji Dah Rasa Susah Nak Berhenti!

RESEPI APAM NASI MUDAH

resepi apam nasi mudah

Bahan-bahan:

  • 1 cawan nasi
  • 1 cawan tepung beras
  • ½ cawan gula (boleh tambah hingga ¾ cawan jika suka lebih manis)
  • 1 sudu besar yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1½ cawan air

Cara-cara memasak:

1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.

2. Peram adunan sehingga naik dan berbuih.

3. Tuang ke dalam acuan yang disapu minyak.

4. Kukus hingga masak dan gebu.

*Tip: Pastikan air kukusan betul-betul panas sebelum mengukus untuk hasil apam yang cantik hasilnya.

resepi apam nasi mudah

Daripada nasi biasa, terhasil kuih yang lembut dan menyenangkan, cukup untuk menceriakan waktu sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang.

Resepi Apam Nasi ini sesuai untuk mereka yang sukakan kuih tradisional. Kalau ada nasi semalam di dapur, inilah masanya untuk cuba buat sendiri di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Nitaharry

Baca juga: Cara Buat Kuih Apam Gula Hangus Versi Mini, Hasilnya Gebu Luar Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN