
Kalau di rumah ada lebihan nasi semalam, inilah masanya untuk tukar jadi snek panas-panas iaitu resepi Jemput Jemput Nasi. Apabila makan, memang rasa tak cukup sebiji.
Perkongsian daripada Nur Ain Mat Daud membuktikan menu ringkas tak perlu renyah. Bahan mudah, cara buat pun santai, tapi hasilnya memang susah nak berhenti makan. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Jemput Pisang Paling Menjadi, Campur 2 Jenis Tepung Baru Rangup Gebu!
RESIPI JEMPUT JEMPUT NASI

Bahan utama (dikisar sekali):
- Nasi
- Isi ayam
Bahan dipotong dadu:
- Bawang besar
- Ubi kentang
- Keju (cheese)
- Cili merah
- Daun sup atau daun bawang
- Sayur (lobak merah, jagung atau kubis)
Bahan perasa:
- Sedikit garam
- Lada sulah
- Lada hitam ditumbuk
Bahan tambahan:
- Tepung gandum (secukupnya)

Cara-cara buat:
1. Campurkan bahan yang telah dikisar dengan semua bahan dadu.
2. Masukkan garam, lada sulah dan lada hitam. Gaul sehingga sebati.
3. Tambah sedikit tepung gandum sekadar untuk memekat dan memudahkan adunan digoreng.
4. Panaskan minyak yang banyak dan goreng adunan secara jemputan sehingga keemasan.
5. Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Tips supaya jemput jemput nasi lebih sedap:
- Gunakan minyak yang betul-betul panas untuk elak jemput jemput nasi menyerap minyak.
- Jangan terlalu banyak tepung, cukup sekadar adunan boleh dikepal.
- Hidangkan panas-panas bersama sos cili dan sos mayonis kegemaran.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Ain Mat Daud
Baca juga: Cara Buat Jemput Jemput Roti Tak Serap Minyak, Rangup Bukan Main Lagi!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














