Kadang-kadang tu kering idea dah nak hidangkan apa untuk minum petang. Lagi-lagi kepada sesiapa yang dikenakan PKP ni. Maklumlah semua ada dekat rumah. Sentiasa ulang alik dapur cari makan. Jadi apa kata kita cuba resepi Apam Coklat mudah dan confirm jadi yang dikongsikan oleh Asrinna Bakri di Facebook. Gebu dan lembut sangat. Anak-anak mesti suka sebab rasanya coklat pahit-pahit manis. Buat minum petang pasti satu keluarga berselera!
MyResipi
KUIH-MUIH
MUDAH

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan marjerin
1 cawan susu cair
3 biji telur gred A
1 ¼ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
Satukan serbuk koko, gula, marjerin dan susu cair dalam kuali.
Panaskan dengan api sederhana. Sekadar nak sebatikan bahan dan larutkan gula. Sejukkan.
Ayak tepung, baking powder dan baking soda bersama.
Tuang sikit-sikit tepung dalam adunan. Gaul sebati.
Sapukan minyak pada acuan.Tuang aduan dalam acuan. Kukus 30 minit. Pastikan air kukusan telah panas menggelegak.
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…