Resepi apam balik sebenarnya cukup mudah untuk dicuba sendiri di rumah. Ia memberikan kepuasan yang lebih berbanding membeli di luar.
Dengan menggunakan kuali non-stick, anda boleh menghasilkan apam balik yang lembut dan gebu, serupa dengan yang dijual di pasar malam.
Proses penyediaannya juga sangat mudah dan hanya memerlukan bahan-bahan asas, tetapi hasilnya pasti memuaskan.
Jom lihat resipi penuh seperti yang dikongsikan di bawah.
Baca juga: Resipi Apam Eno Tanpa Guna Yis, Lembut Gebu & Merekah Elok!
RESEPI APAM BALIK GEBU
Bahan-bahan:
- 300 ml air
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 titis pewarna kuning
- 1/4 sudu kecil garam
- 1 sudu besar santan
- 25 sudu makan tepung gandum
- 1 biji telur
- 6 sudu makan gula pasir
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 sudu kecil air
Cara-cara:
1. Dalam mangkuk, campurkan air, esen vanilla, pewarna kuning, dan garam. Kacau sebati.
2. Tambahkan santan dan kacau sekejap.
3. Masukkan tepung gandum dan whisk hingga betul-betul sebati dan tiada ketulan.
4. Masukkan telur dan whisk lagi hingga adunan benar-benar sebati.
5. Tambahkan gula pasir dan whisk hingga sebati.
6. Bancuh soda bikarbonat dengan air, kacau rata, dan tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati.
7. Perapkan adunan dengan ditutup selama 1 jam (saya perap selama 40 minit sahaja).
8. Panaskan kuali non-stick selama 10 minit dengan penutupnya.
9. Setelah pan panas, tuangkan adunan ke dalam kuali. Biarkan sekejap hingga gelembung banyak muncul di atasnya.
10. Tutup kuali dan biarkan apam balik masak selama 4 minit.
11. Taburkan sedikit gula di atasnya.
12. Angkat apam balik, sapu dengan sedikit margerin atau butter.
13. Letakkan jagung krim atau topping pilihan seperti coklat rice, susu pekat, atau cheese parut mengikut cita rasa.
14. Potong dan lipat apam balik. Sedia untuk dinikmati!
15. Nikmati apam balik anda dengan pelbagai topping mengikut selera!
Kredit resipi dan gambar: Iedaa Jahaya
Baca juga: Resipi Apam Gula Hangus Kukus, Memang Jadi Gebu Elok & Selembut Kapas!