Nak rasa keenakan kuih tradisi dengan gaya santai tapi masih mengekalkan keaslian rasanya, jom cuba resepi akok kedut yang sangat mudah dibuat menggunakan acuan muffin.

Akok kedut ialah sejenis kuih tradisional yang sangat popular di negeri Pantai Timur, terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Walaupun tiada acuan khas, anda masih boleh menyediakan kuih yang sedap menggunakan acuan muffin dengan resepi akok kedut oleh Masz Lyna di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Kuih Nona Manis Paling Mudah, Sukatan Tepat Supaya Tak Tumpah Inti Putih!

RESEPI AKOK KEDUT

resepi akok kedut

Bahan-bahan:

Cara-cara buat:

  1. Masukkan air, daun pandan dan gula melaka ke dalam periuk.
  2. Masak sampai gula larut, tapis dan sejukkan.
  3. Masukkan semua bahan dalam pengisar.
  4. Kisar sampai semua sebati.
  5. Tapis supaya dapat adunan yang halus.
  6. Panaskan oven, tetapkan suhu 220 hingga 250º C.
  7. Sapu sedikit minyak ke bekas membakar atau muffin tray.
  8. Tuang adunan ¾ bekas.
  9. Bakar adunan selama lebih kurang 20 hingga 25 minit.

Jangan risau apabila tengok adunan naik semasa membakar kerana setelah sejuk, kuih akan jadi kecut berkedut nanti. Hasilnya berlemak dan manisnya juga cukup rasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Masz Lyna

Baca juga: Kuih Cara Manis Pandan Yang Lembut, Gebu Macam Resipi Mak Kita Dulu-Dulu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending