resepi kuih nona manis

Kuih tradisional tak pernah hilang pesonanya. Samalah seperti resepi Kuih Nona Manis, kuih berwarna hijau lembut dengan inti putih lemak manis di tengahnya sentiasa digemari ramai.

Ramai yang menyukai perkongsian resepi Kuih Nona Manis oleh Dahlia Ajja di Facebook kerana hasilnya lembut, tak keras dan menjadi walaupun pertama kali buat. Jom kita cuba!

Baca juga: Nona Manis Sagu Bak Mutiara, Tak Hancur Dan Cantik Molek Dipandang

RESEPI KUIH NONA MANIS

resepi kuih nona manis

Bahan A:

  • ½ cawan air pandan
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit pewarna hijau

Bahan B:

Bahan C:

  • 3 cawan santan
  • 3½ sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

resepi kuih nona manis

Cara-cara membuat:

  1. Masak semua bahan A dengan api sederhana sampai pekat berkilat.
  2. Tutup api dan biarkan sejuk terlebih dahulu.
  3. Masukkan telur, santan, gula dan esen vanilla ke dalam blender, kemudian kisar sampai gula larut.
  4. Selepas itu, masukkan tepung gandum dan kisar lagi sampai sebati.
  5. Masukkan adunan hijau tadi dan kisar sekali lagi, kemudian tuang dalam plastik.
  6. Seterusnya, masak semua bahan C dengan api sederhana sampai pekat.
  7. Tutup api dan masukkan dalam plastik lain pula.
  8. Sapu sedikit minyak pada acuan lompang.
  9. Potong hujung plastik adunan hijau dan paipkan ke dalam acuan (jangan penuh).
  10. Paipkan pula adunan putih tepat di bahagian tengah.
  11. Kukus dengan api sederhana selama 15 minit atau sampai masak.
  12. Biarkan sejuk sebelum keluarkan daripada acuan.

Tips tambahan:

  • Bagi mengeluarkan kuih dengan mudah, guna pemegang sudu yang disapu sedikit minyak supaya tak melekat.

Selamat mencuba!

Sumber: Dahlia Ajja

Baca juga: Kuih Cara Manis Pandan Yang Lembut, Gebu Macam Resipi Mak Kita Dulu-Dulu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN