Resepi agar agar soya cincau ini jarang dibuat orang dan pasti ramai yang tidak pernah mencubanya. Namun, mesti ada yang tertanya-tanya apakah rasa pencuci mulut ini bukan?
Jangan risau, kombinasi soya dan cincau sangat serasi. Bayangkan anda minum air soya cincau, begitulah rasa agar-agar ini. Memang lembut dan cair di dalam mulut.
Bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya juga cukup ringkas. Sesuai dinikmati bersama seisi keluarga untuk minum petang.
Baca juga: Resipi Agar Agar Sirap Ros Legend, Ada Petua Kira Sukatan Supaya Menjadi Elok
RESEPI AGAR AGAR SOYA CINCAU
Bahan-bahan:
- 1 kotak besar (1L) soya – Saya pakai jenama Homesoy Original
- 260-300g cincau (nak letak lebih lagi boleh saja)
- 10 sudu besar susu pekat (suka manis lebih boleh tambah)
- 1 paket (10g) serbuk agar-agar
- 2 ketul kecil gula batu
- Secubit garam
Cara-cara:
- Campurkan semua bahan kecuali cincau. Masak hingga hampir mendidih.
- Selepas itu, boleh tutup api.
- Sambil itu, sagat cincau dan tmasukkan dalam adunan agar-agar.
- Kemudian, tuangkan adunan terus ke dalam acuan yang telah dibasahkan terlebih dahulu)
- Sejukkan selama 2 jam di dalam peti sejuk.
- Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Atiqah Abdul Aziz
Baca juga: Cara Buat Puding Kastard Jagung, Lebihkan ‘Bahan Ini’ Kalau Nak Lagi Lemak