resepi agar agar pandan

Ramai suka makan pencuci mulut klasik, terutama mereka yang lahir di kampung. Jika anda salah seorang daripadanya, cubalah resepi Agar Agar Pandan Santan yang mudah ini.

Sejak dulu lagi, Agar Agar Pandan Santan telah menjadi pencuci mulut kesukaan ramai kerana cara membuatnya yang sangat mudah tanpa memerlukan bahan yang banyak.

Jika anda kali pertama membuatnya, boleh ikut resepi Agar Agar Pandan Santan yang dikongsikan oleh Jueliner Winnie di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar-Agar Gula Merah, Penyejuk Tekak Yang Paling Mudah Dibuat Di Rumah

RESEPI AGAR AGAR PANDAN SANTAN

resepi agar agar pandan

Bahan-bahan:

  • Sebungkus agar-agar tali
  • Air pandan (kisar 4 atau 5 helai daun pandan dengan 150ml air)
  • 1 biji telur
  • 1 santan kotak (nak guna jenis serbuk pun boleh)
  • Gula kasar (ikut citarasa)

Bahan tambahan:

  • 1 penutup botol perisa pandan (pilihan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan agar-agar dan air sebanyak 1400ml ke dalam periuk.

2. Kemudian, kacau sampai hancur dan masukkan secawan gula.

*Waktu ini boleh rasa sendiri, jika suka manis, boleh letak gula lebih.

3. Apabila agar-agar dan gula sudah hancur, baru masukkan air pandan daripada daun yang sudah dikisar dan kacau lebih kurang dalam 5 minit.

*Jika air pandan sudah pekat, tak perlu tambah pewarna hijau lagi dan air pandan ini juga sudah wangi.

4. Selepas itu, campurkan telur dan santan dalam mangkuk terlebih dahulu.

5. Kemudian, masukkan dalam periuk dan kacau dengan perlahan, kemudian perlahankan api.

6. Apabila agak-agak sudah masak lebih kurang dalam 5 hingga 10 minit begitu, boleh tutup api.

resepi agar agar pandan

7. Seterusnya, tuang dalam bekas atau loyang dan biarkan sejuk pada suhu bilik terlebih dahulu.

8. Akhir sekali, masukkan dalam peti ais selama beberapa jam. Setelah itu, boleh potong. Siap untuk dinikmati!

Resepi Agar Agar Pandan Santan ini boleh dikatakan antara pencuci mulut paling mudah dibuat. Dengan rasa lemak manis bersama aroma pandan, makan sepotong pun rasa tak cukup.

Selamat mencuba!

Sumber: Jueliner Winnie

Baca juga: Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN