Resepi agar agar cendol ini sesuai dicuba untuk peminat pencuci mulut tradisional yang sukakan rasa lemak, manis dan menyegarkan. Gabungan agar-agar lembut bersama cendol, susu cair serta gula kabung menghasilkan hidangan yang bukan sahaja sedap, malah cantik kerana mempunyai dua lapisan berbeza.
Biasanya agar-agar menjadi pilihan ramai kerana mudah disediakan dan boleh dinikmati sejuk terutama ketika cuaca panas. Kali ini, agar-agar biasa diolah dengan rasa cendol yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia.
Menariknya, resipi ini menggunakan gula kabung sebagai lapisan kedua yang memberikan rasa manis berlemak serta aroma gula tradisional yang lebih harum. Hasilnya, setiap suapan ada rasa susu, cendol dan gula kabung yang seimbang.
Baca juga: Resipi Agar-Agar Kelapa Pandan Klasik, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Terasa Lemak & Segarnya!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
Untuk hasil lebih cantik, pastikan lapisan pertama benar-benar mengeras sebelum menuang lapisan kedua supaya warna dan lapisan agar-agar tidak bercampur. Paling sedap dinikmati sejuk-sejuk sebagai pencuci mulut selepas makan atau ketika santai bersama keluarga.
Sumber: Sapina Shahabudin
Baca juga: Resipi Agar-Agar Oren Manis & Segar, Kena Pakai Gula Jenis INI Supaya Pejal & Tak Berair
Petua chili oil tahan lama antara perkara yang sering dicari, terutama bagi mereka yang gemar…
Kuey teow Hong Kong antara menu yang menjadi pilihan ramai apabila teringin menikmati hidangan mi…
Ada kalanya, menu makan malam yang berbeza daripada kebiasaan boleh menaikkan selera selepas seharian sibuk…
Kuih serabai mungkin nampak seperti hidangan tradisional biasa, tetapi sajian warisan ini berjaya mendapat perhatian…
Resipi ikan bilis sambal goreng antara hidangan yang mudah disediakan dan sesuai dijadikan stok lauk…
Kimchi merupakan makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada kubis Cina melalui proses fermentasi. Selain rasanya…