resepi acar

Siapa hantu peria wajib cuba resepi acar peria yang mudah dan ringkas ini. Acar ini cukup lazat jika digandingkan dengan gulai lemak cili padi ikan atau ayam, telur masin dan sambal belacan.

Ada sesetengah orang rendam peria di dalam air garam untuk hilangkan pahit. Tetapi ada yang memang suka rasa yang pahitnya. Oleh itu, anda boleh mengolah resipi ini bergantung pada cita rasa masing-masing.

Jika mahu pelajari cara membuat acar peria yang lengkap, mari ikuti perkongsian oleh Puan Faizah Husain di bawah.  Menurut beliau, acar ini merupakan menu kegemaran arwah ibu mentuanya dan kini menjadi kegemarannya juga.

Baca juga: Cara Buat Acar Jelatah Tanpa Guna Cuka, Tapi Cukup Rasa Masam Manis Pedas!

RESEPI ACAR PERIA

Bahan-bahan yang diperlukan:

Cara-cara:

1. Hiris semua bahan-bahan yang diperlukan.

2. Rendam peria di dalam air garam selama 15 minit.

resepi acar

3. Kemudian, gaul semua bahan di dalam satu mangkuk termasuklah peria yang sudah direndam tadi.

4. Perasakan dengan gula, garam dan cuka secukupnya. Boleh ganti cuka biasa dengan cuka epal kerana lebih wangi dan sedap.

5. Selamat mencuba!

resepi acar

Kredit resipi dan gambar: Faizah Husain

Baca juga: Acar Timun Jepun Guna Sprite Ikut Resipi Chef Dave, Rangup Krup Krap Nak Meratah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN