Categories: Resipi

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek, Sesuai Makan Dengan Pulut!

Seorang pengguna Facebook bernama Syalfarina Razali berkongsikan resipi rendang daging cli api berempah yang dipelajari daripada arwah neneknya.

Menurutnya, rendang ini menjadi kegemaran seisi keluarga kerana teksturnya yang basah dan berkuah, berbeza dari rendang biasa yang lebih kering.

Rasanya memang sangat sedap, terutama sekali apabila dimakan bersama ketupat palas atau lemang. Bila cuba resipi ini, pasti tak cari resipi rendang lain lagi!

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Pencen Cili Api Negeri Sembilan, Ini Rahsia Lembutkan Daging Dengan Mudah!

RESEPI RENDANG DAGING CILI API BEREMPAH

Bahan utama:

  • 1 kg daging segar (potong melawan urat untuk tekstur lebih lembut)
  • 1 kotak kecil santan + ½ kotak kecil tambahan
  • 1-2 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar gula melaka (dihancurkan)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 8 ulas bawang merah (saiz sederhana)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 5 batang serai
  • 20 tangkai cili api

Bahan rempah:

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • ½ sudu besar serbuk jintan manis
  • ½ sudu besar serbuk jintan putih

(Jika mahu lebih beraroma, boleh sangai ketiga-tiga rempah ini dalam kuali dan kisar bersama bahan kisar.)

Bahan tambahan:

  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris halus)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga airnya kering dan naik bau.
  2. Masukkan daging yang telah dibasuh, biarkan seketika sehingga air daging keluar sendiri.
  3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kacau rata dan biarkan rempah sebati dengan daging.
  4. Apabila daging sudah mengeluarkan air, tuangkan santan dan kacau perlahan.
  5. Perlahankan api, tutup kuali dan biarkan rendang mereneh selama kira-kira 1 jam 30 minit sehingga daging empuk dan kuah pekat. Kacau sekali-sekala supaya tidak hangus di bahagian bawah.
  6. Setelah kuah mula pekat dan pecah minyak, masukkan asam keping, daun kunyit, daun limau purut, kerisik,dan gula Melaka. Gaul sebati.
  7. Perasakan dengan garam secukup rasa, kemudian kacau rata.
  8. Tutup api dan rendang sedia untuk dinikmati.

Rendang ini lebih sedap jika berkuah. Kalau makan dengan ketupat palas atau lemang, memang ngam teruk. Selamat mencuba!

Sumber: Syalfarina Razali

Baca juga: Resipi Rendang Ayam Versi Hancur Manja, Sedap Makan Dengan Ketupat & Lemang

Wan N

Recent Posts

Dapur Ala Kampung Jadi Inspirasi, Wanita Ini Pilih Konsep Terbuka Untuk Rumah Idamannya!

Setiap orang pastinya mempunyai gambaran tersendiri tentang rumah idaman, termasuk reka bentuk ruang dapur yang…

1 hour ago

Resipi Dadih Vanilla Oreo, Sekali Buat Dapat 40 Bekas Memang ‘Ngam’ Untuk Potluck!

Kalau mencari pencuci mulut yang mudah disediakan dan tidak memerlukan banyak bahan, bolehlah cuba dadih…

1 hour ago

Resipi Puding Labu Guna 4 Bahan, Tekstur Lembut Berkrim Memang Jadi Kegemaran Sekeluarga

Cara buat puding labu ini sesuai untuk ibu yang mencari idea pencuci mulut homemade untuk…

3 hours ago

Creamy Tomyam Pasta, Tak Sangka Gabungan Pes Tomyam & Cooking Cream Jadi Sesedap Ini!

Kalau selalu makan pasta dengan sos carbonara atau bolognese, apa kata kali ini cuba kelainan…

3 hours ago

Resipi Kari Telur Ikan Mayong, Ini Teknik Kuah Pekat Tanpa Rasa Hanyir & Telur Tak Pecah

Dah beli telur ikan mayong tetapi masih belum ada idea nak masak apa? Atau mungkin…

4 hours ago

Apam Kampung Mudah Gebu Dan Lembut, Makan Dengan Kelapa Parut Memang Terangkat!

Kalau sedang mencari idea hidangan untuk sarapan atau minum petang, boleh cuba buat apam kampung…

4 hours ago