Dalam situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu, kenaikan harga barang menjadi kerisauan utama dalam kalangan masyarakat kita.
Beberapa hari lepas, tular satu resit pembelian di laman sosial Facebook yang memaparkan harga caj upah potong ayam di sebuah kedai yang dianggap tidak masuk akal.
Berdasarkan foto yang dikongsikan, pelanggan tersebut kelihatan membeli udang putih seberat 1.27 kilogram (kg) dengan harga RM44.63 beserta seekor ayam segar seberat 4.06kg dengan harga RM36.18.
Caj upah potong ayam RM1 setiap kilogram
Apa yang mengejutkan, kedai tersebut telah mengenakan caj RM1 bagi setiap kilogram ayam yang dibeli oleh pelanggannya.
Artikel berkaitan: Ayam Habis & Peniaga Bakal Tutup Kedai? Tauke Ayam Ni Dedah Apa Sebenarnya Yang Terjadi
Berdasarkan maklumat pada resit tersebut, kejadian itu berlaku pada Khamis lepas di sebuah kedai di Sungai Besar, Selangor.
Salinan resit berkenaan telah dikongsi oleh laman Facebook Viral Media Johor pada Ahad dengan kapsyen “upah potong ayam ikut kilo rupanya” turut menerima ratusan komen netizen.
Menurut netizen, sudah banyak kedai yang mengenakan caj upah sebegini dan berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.
“Akan ada upah turun ayam dari lori pun ada,” tulis seorang lagi netizen berseloroh.
Dalam pada itu, beberapa netizen turut mencadangkan agar pembeli memotong sendiri ayam di rumah untuk menjimatkan kos, sekali gus menyekat sikap tamak peniaga,
‘Tak potong pun ambik upah jugak..’
Pada masa sama, ada juga yang merasakan wajar dikenakan caj itu memandangkan peniaga ayam juga berada dalam keadaan tersepit dalam situasi ekonomi hari ini.
Sumber: Facebook Viral Media Johor